Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Halau Semut Guna Spray Homemade Ini, Memang Mujarab!

Perkongsian Cara Halau Semut dari wanita ini sememangnya sangat menarik dan tidak rugi untuk di cuba kerana hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah sahaja boleh menghasilkan bahan mujarab untuk menghalau semut.  Kredit diberikan kepada beliau!

Isi Kandungan

Cara Halau Semut

Mari kita sama-sama membaca perkongsian beliau, semoga bermanfaat.

Stres kalau rumah banyak semut ni.. Pantang ada minuman manis/makanan tumpah, kompem berduyun datang. Ada anak kecik tau² la, ada je tumpah makanan die kat memane. Geram betul sebab sampai ke bekas susu anak pn semut hurung. Tu belum lagi part merayap atas badan & menggigit masa si kecik ni tido.

Kebetulan rumah memang dekat gak dengan tempat buang sampah. Macam mana jaga pn, semut tetap gak masuk. Kekadang masuk dari rekahan² kecik kat dinding², kekadang ikut tingkap dapur, dari balkoni bagai.

Ada yang kata xboleh bunuh semut. Tapi pernah dengar ceramah ustaz, yg xboleh tu kalau kita sengaja bunuh/gi bakar sarang semut yg xde kena mengena dengan kita. Tapi dibolehkan bunuh semut kalau sampai dah mengganggu manusia (masuk rumah, hurung makanan & menggigit). Camtu jugak kalau semut merosakkan tanam-tanaman sampai buah/hasilnya terjejas.

Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecik. Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut xmati lak. Spray serai wangi pn xberkesan😅 Sebelum ni pernah guna beberapa petua halau semut, tapi semuanya mengecewakan. Huhu.. Yela, petua tu dah terang² nak halau je bukan membunuh semut. Memang lah semut xikut laluan tu, tapi die buat jalan baru pulak😂 Dahtu semut makin banyak..

Ni fakta tentang semut yang korang patut tau supaya memudahkan korang membanteras semut.

👉semut dapat detect saki-baki bau gula/manisan walaupun korang rasa korang dah lap sebersih-bersihnya

👉 semut hasilkan bahan kimia masa berjalan supaya die boleh balik ke pangkal jalan aka sarang tanpa sesat😄

👉 kalau korang perasan, semut ni selalu jer ade scout die sekor-2 ronda² kawasan carik punca makanan baru. Kalau xkawal peringkat ni, laluan tu akan jadik jalan baru lak untuk semut hurung makanan.

👉 kadang² dalam 1 sarang semut, ada lebih dari 1 koloni semut. Kalau korang guna racun jenis serbuk (yang semut makan tu), jangan terkejut pulak kalau lepas 1 spesis xde, muncul pulak semut spesis lain. (pernah beberapa kali alami sendiri)

👉 ni info yang sangat penting.. Kalau korang xkawal semut kat rumah, populasi semut makin banyak. Bila dah banyak ratu² muda, semut akan mula cari sarang baru. Lepas tu jenuh la korang nak spray serata rumah.
Sekarang untuk membanteras semut.. Kat dapur & dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun😊 Kawasan² yang anak xboleh capai lak, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah). Yg ni boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan-2 sebelum semut menyerang balik😁

cara halau semut
cara halau semut

Ini dia cara-cara penyediaan Spray Serbaguna Homemade, hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah sahaja.  Sangat mudah dan jimat!

Spray Serbaguna (homemade)

Cara Halau Semut Guna Spray Homemade Ini, Memang Mujarab! 1
cara halau semut cara halau semutcara halau semutcara halau semut cara halau semut

BAHAN-BAHAN

  • ¼ cawan cuka putih
  • 1¼ cawan air paip
  • 1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
  • Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
wanita kongsi cara halau semut dengan spray d.i.y ni, memang berkesan
wanita kongsi cara halau semut dengan spray d.i.y ni, memang berkesan

* Bancuhan ni sebenarnya xde sukatan yang tetap pn, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak xberkesan & kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.

* Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.

* Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi xberapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

Kegunaan :

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yg dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje 😄

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah xpayah beli mahal² la lepas ni😊

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena😁)

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

SELAMAT MENCUBA!

sumber : SINAR

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More