Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Hilangkan Bau Mulut Selepas Makan Petai, Sepantas 1 minit!

Kepada peminat petai, sememangnya yang menjadi masalah utama selepas makan petai adalah bau mulut!

Walaupun setelah mengosok gigi atau makan gula-gula getah, baunya masih lagi menyengat.Β  Tidak lupa juga dengan bau tandas selepas anda menggunakannya.Β  Memalukan!

Berikut adalah perkongsian dari Bee Keng Facebook MAHN, yang berkongsi cara menghilangkan bau mulut selepas makan petai, hasilnya menakjubkan dan memang berhasil! Sepantas 1 minit!

 

Cara Hilangkan Bau Mulut Selepas Makan Petai, Sepantas 1 minit!

Ramai yang suka makan petai tetapi tidak tahan dengan bau busuk mulut πŸ˜‚ kadangkala berus gigi dua tiga kali pun tidak semestinya bau mulut akan hilang, sememangnya bau mulut sangat memalukanπŸ˜…

Saya nak kongsikan cara menghilangkan bau mulut sepantas seminit. Cara ini diajar oleh mak semasa saya masih kecil lagi.Β  Ia sangat berkesan menghilangkan bau mulut selepas makan petai tak kira lah petai mentah ke, petai jeruk ke, petai goreng sambal ke, semuanya sangat berkesan dengan cara paling senang dan cepat ini.

Kalau tidak percaya anda cuba tengok πŸ˜„memang hilang dalam masa seminit sahaja! Semasa saya baru2 kahwin saya ajar suami saya dia tidak percaya pun tetapi selepas mencuba dia cakap AJAIB betul!!! πŸ˜‚

 

 

Cara pertama : Terung di makan mentah

Potong terung mentah sebesar satu/dua cm dan kunyah selama seminit, dan selepas kunyah boleh ditelan atau diludahkan (sebab ada info yang mengatakan terung mentah mengandungi solanine boleh menyebabkan keracunan dan kembung perut).

Saya biasanya telan πŸ˜‚ sebab rasa terung mentah sangat manis dan sedap, sepotong kecil tidak memudaratkan pun.

 

Cara kedua : Terung direbus

Kepada yang suka makan ulam tu boleh makan sekali dengan terung rebus, berkesan juga dan tinggalkan sedikit pada akhir juadah untuk dikunyah sebagai penghilang bau, dikunyah seperti makan β€œchew gum” sekurang-kurangnya wajib seminit la πŸ˜‚

 

Cara ketiga : Terung dimasak bersama hidangan

Orang cina suka goreng sambal petai dengan terung untuk mengurangkan bau busuk petai dan mulut.

 

TIPS TAMBAHAN :

 

Cara nak Hilangkan Bau Tandas Busuk disebabkan Petai

Satu lagi cara nak hilangkan tandas busuk disebabkan petai, letakkan sebiji terung yang dimakan ulat atau yang tidak diperlukan lagi (terpulang sama ada hendak potong atau tidak ) atau kulit terung pun boleh dan letakkan di lantai tandas.Β  Ia sangat berkesan mengurangkan bau busuk disebabkan makan petai πŸ˜‚

Dengar macam tak boleh dipercayaikan? Tapi kesannya sangat AJAIB! Belum cuba belum tahu!!

Anda cuba tengok dan kongsikan pengalaman anda, selamat mencuba!! Selamat malam semua!! πŸ€—πŸ€—πŸ€—

 

sumber : Bee Keng MAHN

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More