Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Hilangkan Kesan Kuning Pada Baju Putih, Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Cara Hilangkan Kesan Kuning Pada Baju Putih pasti sangat diperlukan oleh semua orang kerana ini tentunya boleh mengganggu kehidupan harian kerana terpaksa mencari pakaian baru untuk dipakai apabila pakaian yang hendak dipakai terdapat kekotoran atau kesan yang tidak cantik untuk dipandang.

Seperti yang diketahui, baju atau pakaian berwarna putih mudah terdedah dengan kotoran. Bukan sahaja itu, walaupun tidak dipakai dalam tempoh yang lama, warnanya boleh berubah kepada kekuningan dan kelihatan luntur.

Mencuci bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi pakaian berwarna putih sangat kelihatan dari jarak jauh. Bahkan ada yang mengambil keputusan untuk menjadikan ia sebagai kain buruk atau lap tangan di dapur.

Sehubungan itu, bagaimanakah langkah yang boleh dilakukan bagi mengembalikan pakaian ini tampak seperti baharu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian jason_jezi di aplikasi TikTok di bawah.

Cara Hilangkan Kesan Kuning Pada Baju Putih

Dalam video berdurasi 19 saat tersebut telah memaparkan pakaian berwarna putih tampak seperti baru selepas dicuci dengan menggunakan cara yang dikongsikan olehnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Jason menunjukkan bagaimana Cara Hilangkan Kesan Kuning Pada Baju Putih dengan cepat dan berkesan.

Antara bahan-bahan yang digunakan olehnya pada video tersebut adalah:

  1. Ubat gigi
  2. Baking soda
  3. Cuka
  4. Air panas
  5. Pencuci baju

Langkah yang pertama, sediakan sebuah bekas.

Masukkan ubat gigi, baking soda dan cuka ke dalam bekas tadi.

Kemudian, tuangkan air panas ke dalam bekas.

Gaul semua bahan yang dicampur sehingga menjadi warna seperti di dalam video.

Seterusnya, letakkan pencuci baju dan baru masukkan pakaian atau baju berwarna putih ke dalam bekas.

Rendamkan pakaian di dalam bekas selama 30 minit, barulah angkat dan jemur. Siap!

Cara Hilangkan Kesan Kuning Pada Baju Putih

Rata-rata netizen memberikan pandangan bahawa info yang dikongsikan sangat bermanfaat. Ada juga yang meminta pendapat daripada pemilik video untuk tips lain.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 460,000 tontonan, lebih 19,000 tanda “Suka” dan lebih 600 komen oleh pengguna.

Diharapkan dengan perkongsian Cara Hilangkan Kesan Kuning Pada Baju Putih ini dapat memudahkan anda dalam melaksanakan kehidupan harian. Semoga perkongsian Cara Hilangkan Kesan Kuning Pada Baju Putih ini dapat memberi manfaat juga kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More