Sumber Rujukan Globalisasi Anda

1 Cara Hilangkan Sakit Gigi Berlubang Untuk Elak Trauma Sakit

Cara Hilangkan Sakit Gigi Berlubang sudah pasti menjadi topik yang sering dicari apabila mengalami masalah ini. Masalah gigi bukan begitu asing buat setiap individu tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Bukan senang untuk menjaga gigi kita dari terhindar dari jangkitan bakteria ini. Penyakit gigi berlubang ini disebabkan bakteria dalam mulut mula merebak ke bahagian gigi secara perlahan-lahan. Sakit ngilu mula terasa apabila sudah sampai ke tahap parah info lanjut disini.

Sakit gigi berlubang ini kadang kala boleh menyebabkan kemurungan dan kerisauan. Tidak semua mampu menahan sakit seperti ini. Walaupun tidak dianggap penyakit yang kronik sehingga membawa maut namun ianya menjejaskan keselesaan untuk makan, bekerja dan sebagainya. Jika anda pernah mengalaminya sudah pasti serik bukan? Ikuti perkongsian kali ini bagi membantu anda melegakan sakit gigi berlubang ini.

Isi Kandungan

Cara Hilangkan Sakit Gigi Berlubang

Cara Hilangkan Sakit Gigi Berlubang

Salah satu cara alami yang boleh anda lakukan jika menghadapi masalah ini ialah minum air yang dilarutkan dengan garam. Sifat antibakterial dari garam mampu meneutralkan jangkitan yang sedia ada. Bukan itu sahaja ia juga mampu membersihkan sisa makanan yang terlekat di celah gigi dan menyembuhkan luka pada gusi. Menarik bukan? Apabila minum air garam ini anda hanya perlu menunggu beberapa minit untuk kelegaan bergantung kepada setiap individu. Nak lagi effektif anda boleh berkumur beberapa kali sehingga rasa sakit berkurangan.

Cara Hilangkan Sakit Gigi Berlubang
Cara Hilangkan Sakit Gigi Berlubang

Selain itu rasa segar juga mampu menghilangkan  sakit gigi berlubang ini. Anda boleh sediakan air teh beserta daun pudina. Air ini boleh dihidangkan secara suam atau sejuk bagi memberi kesegaran. Sama seperti minum air garam, anda perlu menunggu masa yang agak lama sehingga rasa sakit itu lega. Nak lagi effektif pastikan anda berkumur dengan air ini. Selain itu anda juga boleh cuba menggunakan bahan alami yang bersifat antibakteria seperti bawang putih, cengkih ataupun pengkumur nyahkuman.Namun jika pendarahan teruk berlaku semasa anda berkumur terus berjumpa doktor untuk mengelakkan kesan sampingan lain.

Sebab Gigi Berlubang

Banyak sebab yang boleh menjadi faktor permasalahan ini. Punca utama mungkin disebabkan kurang penjagaan rapi di bahagian gigi. Gigi yang cantik sudah pasti menjadi idaman setiap orang kerana gigi aset utama dalam keterampilan.

Faktor-Faktor Gigi Berlubang

Kami kongsikan beberapa faktor penyumbang kepada masalah gigi berlubang supaya anda dapat mengawasi gaya hidup anda dari terkena sakit gigi ini:

  • Tidak memberus gigi terutama selepas makan pada waktu malam
  • Sisa makanan tertinggal di celah gigi walaupun sudah memberus gigi
  • Faktor kondisi gigi yang mudah rapuh
  • Penggunaan ubat gigi yang tidak sesuai.
  • Jenis makanan yang anda makan.

Tips: Kami kongsikan disini cara membuat penjagaan gigi anda sihat supaya terhindar daripada potensi masalah gigi berlubang ini.

Mana Satu Pilihan Anda Cara Alami Atau Moden?

Sebenarnya masalah utama gigi berlubang adalah pengumpulan bakteria dalam mulut yang mula merebak ke bahagian gigi. Bakteria ini mula menyerang permukaan gigi dan membentuk kaviti. Sejak itu, permukaan gigi mula mereput dan hasilnya gigi kita mula reput dan berlubang. Sebelum sampai ke tahap pembentukan lubang yang lebih besar, anda akan mula merasa sakit ngilu yang teramat di bahagian pembentukan kaviti itu. Justeru anda perlulah berjumpa doktor untuk mendapatkan saranan doktor. Kebiasaan rawatan moden disini ialah berjumpa dengan pakar sakit gigi, dapatkan nasihat sama ada ingin menampal bahagian itu atauapun diberi painkiller. Ini kaedah yang lagi cepat dan tidak terlambat. Namun ada juga yang memilih apabila sakit dibahagian gigi mereka menggunakan kaedah tradisional seperti minum air garam, teh pudina dengan harapan bakteria akan mati dan tidak lagi membentuk kaviti. Kedua-dua rawatan ini perlu kerana sekiranya semasa anda membuat pemeriksaan kendiri pada gigi jika sudah ada pembentukan kaviti minta doktor untuk menampal bahagian itu dari merebak. Seterusnya jika masih lagi sakit bolehlah anda menggunakan painkiller ataupun kaedah tradisional yang disebutkan tadi, Janganlah segan untuk berjumpa doktor kerana gigi merupakan aset penampilan yang perlu dijaga.

Sudahkah Anda Periksa Gigi Anda?

Gigi merupakan aset yang penting buat setiap orang. Apabila mengalami masalah gigi, kita akan hilang seri dan nikmat untuk makan. kadang-kadang sakit gigi ini boleh menyebabkan demam dan pening kepala. Sakit yang sungguh tidak tertahan. Cara mudah untuk mengelakkan penyakit gigi adalah dengan memberus gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, selepas makan tengah hari dan juga selepas makan malam. Makanan yang kita makan mungkin akan terlekat di celah-celah gigi pastikan anda memberus gigi dengan cara yang betul bagi mengelakkan masalah ini. Diharap perkongsian Cara Hilangkan Sakit Gigi Berlubang dapat membantu memberi kelegaan pada sakit ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More