Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Cara Kenal Pasti Anai-Anai Di Rumah

Cara Kenal Pasti Anai-Anai Di Rumah sangat penting dan perlu diambil berat terutamanya orang yang memliki rumah.

Serangga perosak sememangnya memberikan banyak masalah bukan sahaja dari segi kesihatan malah kerugian harta benda. Antara serangga yang popular dalam komuniti seperti lalat, siput, kutu, ulat bulu dan termasuklah anai-anai.

Umum mengetahui bahawa anai-anai tinggal di kawasan berkayu seperti pokok mati dan juga kawasan perumahan.  Ia dikategorikan sebagai serangga perosak kerana membawa kerosakan kepada kayu-kayu yang menjadi “badan” rumah.

Jika tidak dikawal atau dihapuskan, ia boleh menyebabkan kayu-kayu di dalam rumah habis “dimakan” oleh serangga ini.

Oleh itu, penting bagi setiap penghuni untuk mengenal pasti sekiranya rumah mereka menjadi tempat kediaman anai-anai terutamanya rumah kayu atau lama.

Cara Kenal Pasti Anai-Anai Di Rumah

Cara Kenal Pasti Anai-Anai Di Rumah telah dikongsikan oleh seorang lelaki yang bernama Muhd Sofiyan di Facebooknya. Cara-cara yang telah dikongsikan olehnya adalah:

  1. Bagi mematikan satu koloni anai-anai, kena pastikan permaisuri nya mati. Jika tak mati selagi itu ada risiko serangan berulang.
  2. Jangan sembur Ridsect atau aerosol. Tahap agresif akan meningkat. Jangan sembur minyak tanah atau campur racun dengan diesel? Boleh tahan ka baunya? Msu terbakar rumah. Satu pasai pulak. Anai-anai still selamat. Rumah kita “dihapuskan”.
  3. Bagi kaedah pengumpanan, tak semua jenis anai-anai akan tertarik. Jika serangan dalam rumah, kebiasaannya spesis coptotermes. Ini jenis agresif. Maka sesuai pakai umpan.
  4. Proses pembasmian secara umpan, mengambil masa sekurangnya 8 ke 10 minggu bagi mematikan keseluruhan koloni.Jika nak buat sendiri, pastikan teliti dan betulkan tahu durasi, kuantiti umpan, kekerapan rutin sehingga matinya keseluruhan koloni.
  5. Apabila disebut koloni, anai-anai kebiasaanya besar dan mega. Beratus ribu ekor.
  6. Bagi kaedah semburan, ianya adalah surface protection. Molekul racun akan bertahan pada permukaan yang disembur selama tempoh tertentu.
  7. Anai-anai tak akan lalu laluan yang sama jika tercemar dengan racun. Maka akan mencari atau guna laluan lain ke sumber makanannya. Jika nak sembur, sembur pada keseluruhan perimeter rumah.
  8. Dapatkan khidmat nasihat percuma dari yang pakar. Ada free inspection. Tak ambil dengan depa tak apa. Dapatkan details dan ilmu terperinci. Jangan rugi atas tindakan sendiri. Benda percuma. Jangan takut.
  9. Pastikan nak beli apa-apa racun, tengok label. Yang ada kelulusan jabatan berkuasa malaysia tak. Sebab setiap Racun ada antidote di hospital.
  10. Jika silap beli racun, takda antidote, kesannya pada diri dan boleh bawa maut (ini info umum bagi apa segala jenis racun).

Istana anai-anai dalam tanah. Yang keluar menjalar itu adalah highwaynya. Permaisuri anai-anai tak bergerak langsung. Just stay dalam tanah. Yang membawa balik makanan atau racun itu adalah kasta pekerja.

Cara Kenal Pasti Anai-Anai Di Rumah

Diharapkan dengan perkongsian Cara Kenal Pasti Anai-Anai Di Rumah ini dapat menjadikan anda di luar sana lebih peka dan bijak berkenaan penjagaan rumah masing-masing. Semoga perkongsian Cara Kenal Pasti Anai-Anai Di Rumah ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More