Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Mohon Tukar Alamat IC (Kad Pengenalan / Mykad) JPN

Adakah anda tahu terdapat cara untuk menukar alamat di kad pengenalan anda? Menurut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang  seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih perlu tukar alamat pada kad pengenalan IC / Mykad.

Terkejut bukan? Dibawah merupakan beberapa informasi yang perlu anda ketahui terlebih dahulu.

mohon

Syarat-syarat Tukar Alamat IC

  1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.
  2. Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  3. Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.
  4. Bagi pemohon yang berumur bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu, bapa atau penjaga
  5. Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Dokumen Pemohon (Asal)
    • Kad Pengenalan.
  2. Dokumen Sokongan
    • Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Bayaran / Fi Tukar Alamat Pada MyKad

  • Warganegara
    – Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM10.00
  • Bukan Warganegara
    – Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM40.00

MyJanjiTemu JPN

Dalam tempoh PKP ini, semua perkhidmatan urusniaga JPN perlu membuat janjitemu terlebih dahulu.

Pemohon akan membuat pilihan tarikh janji temu sendiri melalui sistem tertakluk kepada kekosongan slot.

Sila buat permohonan di pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my.

  • ISNIN- JUMAAT: WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak)
  • AHAD- KHAMIS: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

Maklumat Lanjut

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my): pro

Teknikal : [email protected] Am: 03-8880 7077

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More