Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Langkah Dan Cara Mudah Bersih Dan Tanam Uri

Cara Mudah Bersih Dan Tanam Uri sangat penting untuk diketahui oleh semua bakal bapa-bapa terutamanya untuk proses menguruskan uri anak-anak mereka yang baru lahir.

Proses kelahiran bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat, ia boleh mengambil masa yang lama. Bagi pasangan yang baru menimang cahaya mata pasti akan berdepan dengan situasi dalam menguruskan uri anak mereka.

Uri perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum ditanam di lokasi yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Namun tidak semua kaum bapa tahu mengenai proses membersihkan dan menanam uri ini.

Seorang pengguna TikTok bernama @razali_sheldon telah berkongsi kepada umum berkenaan Cara Mudah Bersih Dan Tanam Uri hanya menggunakan aliran air paip dan asam jawa sahaja untuk mencucinya.

Menurut lelaki itu, proses membersihkan dan menanam uri dengan betul itu telah dibuat selepas dia mendapat anak ketiga pada baru-baru ini.

Isi Kandungan

Cara Mudah Bersih Dan Tanam Uri

Pasti ramai bakal bapa-bapa yang memerlukan ilmu tentang Cara Mudah Bersih Dan Tanam Uri ini, bukan?

Jom ikuti langkah berikut untuk memudahkan proses menguruskan uri anak anda.

Langkah 1: Buka Plastik Berisi Uri Secara Perlahan Serta Alirkan Air Paip Ke Dalam Plastik Tersebut

“Biarkan uri tu terendam sikit dalam air, lepastu kita buanglah darah dan lendir-lendir yang ada dekat uri itu,” kata lelaki tersebut menerusi perkongsian videonya.

Langkah 2: Cuci Uri Dengan Asam Jawa

Selain itu, anda juga boleh menggunakan asam jawa untuk membuang lendir-lendir atau darah yang susah untuk dibuang tadi.

“Tiada yang khurafat guna asam jawa ni. Sebenarnya asam jawa ni kegunaan dia untuk biar darah dan lendir pada uri senang untuk tercabut. Korang sapu je asam jawa tu. Kalau darah pada uri dah tak ada, tak adalah nanti uri tu attract haiwan-haiwan sekeliling untuk gali dan makan uri yang korang tanam,” tambah lelaki itu lagi.

Langkah 3: Bilas Uri Dengan Air Paip Sehingga Bersih

Selesai cuci uri dengan asam jawa, langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah dengan bilas sehingga bersih.

Langkah 4: Balut Uri Dengan Tisu Atau Kertas

Kemudian balut uri tadi dengan menggunakan tisu atau kertas-kertas yang boleh menyerap darah serta lendir pada uri tadi.

Langkah 5: Cari Lokasi Yang Sesuai Untuk Tanam Uri

Selepas balut, sekarang anda boleh pilih lokasi yang sesuai untuk tanam uri tadi.

Bagi lelaki tersebut, dia memilih lokasi di bawah pokok untuk menanam uri kerana badan-badan kita mempunyai pelbagai nutrien.

Justeru, nanti uri yang ditanam tadi akan memberikan nutrien tersebut kepada pokok berkenaan.

Cara Mudah Bersih Dan Tanam Uri

Begitulah cara mudah untuk menguruskan uri tadi yang telah dikongsikan oleh pengguna TikTok tersebut.

Diharapkan dengan perkongsian Cara Mudah Bersih Dan Tanam Uri ini dapat memberi ilmu yang baharu kepada anda di luar sana.

Semoga perkongsian Cara Mudah Bersih Dan Tanam Uri ini juga memberikan manfaat kepada kaum bapa yang bakal menimang cahaya mata. Selamat mencuba!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi tips-tips yang menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More