Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Mudah Kesan Tanah Lot Menggunakan Aplikasi MyLot

Cara Mudah Kesan Tanah Lot menggunakan aplikasi adalah cara termudah untuk mengetahui keluasan tanah sesuatu tempat tanpa mengukur secara manual yang akan menyebabkan kesalahan pengukuran dan sebagainya.

Tanah Lot merupakan tanah yang dibahagikan kepada plot-plot kecil yang terdiri daripada Tanah Rizab Melayu sama ada pegangan bebas atau pegangan sementara yang dimiliki oleh penduduk di negara ini.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui pemilik tanah sebelum memulakan sesuatu pembinaan di kawasan tertentu terutamanya yang berkongsi tanah lot bersama orang asing.

Kadang-kadang ramai yang keliru dengan keluasan tanah yang dimiliki kerana tidak tahu ukuran yang tepat disebabkan tidak dapat melihat secara menyeluruh.

Justeru, salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Arif Syazwan merangkap juruukur tanah telah berkongsi satu info penting kepada orang ramai berkaitan Cara Mudah Kesan Tanah Lot.

Dalam sebuah perkongsian video, dia telah menunjukkan Cara Mudah Kesan Tanah Lot menggunakan aplikasi MyLot yang dibangunkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM).

Perkara ini sebenarnya sangat memudahkan orang ramai untuk melihat keluasan tanah sebelum mendirikan sesebuah bangunan atau rumah di kawasan tertentu.

Cara Mudah Kesan Tanah Lot Menggunakan Aplikasi MyLot

Langkah-langkah menggunakan aplikasi MyLot adalah:

  1. Anda perlu mengetahui nombor Lot Tanah yang ingin dikesan. Pemilik boleh melihat kepada geran mukim untuk dapatkan maklumat berkaitan nombor tersebut.
  2. Selepas itu, buka aplikasi MyLot untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan supaya mengetahui kelebaran tanah.
  3. Kemudian, pilih penetapan negeri tanah tersebut sebelum memasukkan maklumat yang lebih terperinci.
  4. Aplikasi tersebut akan mengecilkan gambarannya dan hanya menunjukkan negeri tanah lot itu sahaja.
  5. Kemudian, tekan carian dan masukkan maklumat di bahagian Lot iaitu Nombor Lot, Negeri, Daerah dan Mukim.
  6. Langkah seterusnya adalah, anda perlu menekan butang carian dan peta akan menunjukkan kedudukan tanah lot yang dicari tersebut.
  7. Tekan di bahagian tanah itu untuk mendapatkan maklumat.
  8. Sekiranya ingin melihat dengan lebih realistik, aplikasi itu juga boleh memaparkan gambaran nyata yang boleh dilihat dengan persekitaran rumah, pokok dan sebagainya.
  9. Pilih tetapan peta asas.
  10. Kemudian tekan Google Satelite.

Cara Mudah Kesan Tanah Lot

Cara Mudah Kesan Tanah Lot ringkas ini sangat memudahkan pemilik untuk mengesan kedudukan serta kelebaran tanah yang dimiliki.

Anda juga boleh lihat Video Penuh Cara Mudah Kesan Tanah Lot menggunakan aplikasi MyLot untuk memahami dengan lebih lanjut.

Diharapkan dengan perkongsian Cara Mudah Kesan Tanah Lot menggunakan aplikasi MyLot ini dapat membantu anda untuk mengetahui ukuran keluasan tanah lot yang dikehendaki dengan mudah.

Semoga perkongsian Cara Mudah Kesan Tanah Lot ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More