Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CARA MUDAH PILIH WARNA CAT IDAMAN

Sesekali, tentu rasa teringin nak buat pembaharuan dan tukar hiasan dalaman untuk kediaman. Warna cat dinding yang paling selamat tentulah warna putih. Tapi tahukah anda, dari sudut psikologi, warna dapat memberi impak kepada mood seseorang.

Sebab itulah penting untuk memilih warna yang terbaik untuk dinding rumah. Warna kediaman mampu membuatkan seseorang mendapat tidur yang lebih lena dan bangun dengan lebih segar dan bertenaga. Malah, ia membantu menonjolkan lagi aura positif atau karakter istimewa dalam diri anda.

Menurut kajian, terdapat perkaitan antara warna dan ruang yang akan memberi impak pada mood seharian kita. Jadi kalau tersalah pilih, mungkin ia dapat mempengaruhi hari yang anda bakal lalui.

Hendak pilih warna cat juga merupakan satu masalah. Mana tidaknya, pilih berdasarkan warna pada gambar sahaja, bila sudah cat tidak berkenan pula di hati. Kini ada cara lebih mudah agar kita tidak tersilap memilih warna cat. Hanya menggunakan aplikasi ini, anda boleh mencuba pelbagai jenis cat hingga anda berpuas hati dan mendapat warna idaman hati.

Mari kita lihat perkongsian daripada pengguna facebook ben safwan mengenai aplikasi ini.

1 hari 50 kali boleh cat rumah sampai jumpa warna idaman ! Heee
Senang sahaja ikut step ini. Nippon tak best appsnya. Guna Dulux Visualizer MY.
Downloand di Appstore or Google Play.

 

1 – Install apps

2 – Kena allow setting untuk guna kamera. Untuk mula tekan simbol kamera

 

3 – Ambil gambar direct atau tekan simbol dalam bulatan dan akses gambar dalam album. Pilih gambar dinding.

 

4 – Pilih More Colour dan mulalah bereksperimen. Lepas pilih colour,tap pada ruang dinding.

Mudahhh kan . Copy code colour dan pergi ke kedai Dulux / kedai jenama lain yang seakan sama warnanya.

Tapi kalau nak tepat,Dulux lah sebab ini app dia. Silakan mengecat. Haa

 

Wahh menarik sungguh perkongsian ini. Kini tiada masalah lagi untuk kita pilih warna cat idaman hati. Segalanya sudah mudah. Cuba sahaja cat dahulu guna aplikasi,tidak sesuai boleh tukar sehingga dapat warna yang berkenan di hati. Apabila sudah berkenan bolehlah catat code warna yang berkenan di hati itu dan beli di kedai cat Dulux. Semestinya Dulux sebab ini kan Aplikasi Dulux, jika beli jenama lain nanti lain pula warnanya. Semoga bermanfaat untuk anda yang ingin mengecat rumah.

Kredit : ben safwan

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More