Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Orang Buta Guna Telefon Bagi Semua Jenis Brand

Cara Orang Buta Guna Telefon sangat penting untuk diketahui oleh semua orang terutamanya bagi mereka yang berada di sekeliling mereka yang diuji dengan buta penglihatan.

Umumnya, tidak semua orang di dunia ini dilahirkan dengan cukup sifat dan sempurna. Ada yang mungkin dilahirkan mengalami cacat penglihatan sejak kecil atau cacat pendengaran.

Ada juga yang mendapat pengalaman itu selepas meningkat dewasa akibat penyakit atau kemalangan yang tidak dapat dielakkan.

Bagi mereka yang kurang bernasib baik seperti cacat penglihatan, pernah terlintas tak di fikiran anda macam mana mereka menggunakan teknologi seperti telefon bimbit?

Justeru untuk mengetahui berkenaan perkara itu, mari kita ikuti perkongsian Cara Orang Buta Guna Telefon dibawah.

Isi Kandungan

Cara Orang Buta Guna Telefon

Perkongsian Cara Orang Buta Guna Telefon ini telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok @danisheddy98 yang mengalami cacat penglihatan. Menurut lelaki itu, bagi mereka yang mengalami cacat penglihatan, terdapat satu ciri yang berada di dalam telefon untuk kegunaan mereka.

Tambahnya, tiada istilah telefon bimbit khas untuk orang sepertinya, sebaliknya ciri tersebut telah tersedia dalam semua jenis telefon bimbit. Baik telefon bimbit jenis IOS keluaran Apple mahupun telefon bimbit jenis Android, semua ada ciri tersebut.

Nama Fungsi Berbeza & Bergantung Pada Versi Perisian, Tetapi Fungsinya Tetap Sama

Bagi telefon jenis IOS, ciri tersebut dikenali sebagai VoiceOver, manakala untuk Android dikenali sebagai TalkBack.

Menurut Samsung, ciri TalkBack atau VoiceOver ialah ciri yang digunakan untuk membantu pengguna yang buta dan rabun. Ia menyediakan maklum balas suara supaya pengguna boleh menggunakan telefon atau tablet tanpa melihat skrin.

Apabila anda menggunakan fungsi ini, telefon anda akan memulakan maklum balas suara dan akan dibawa ke tutorial tentang cara menggunakannya.

Pengguna hanya perlu leret ke kanan atau kiri untuk beralih antara item. Anda perlu ketik item yang dipilih sekali untuk membaca teks pada skrin dengan kuat, ketik dua kali untuk mengaktifkan ciri atau aplikasi yang dipilih.

Anda juga boleh seret menggunakan dua jari untuk menatal skrin ketika menggunakan telefon bimbit.

Menurut lelaki itu lagi, kelantangan audio fungsi ini juga boleh dilaraskan mengikut kesesuaian dan pilihan pengguna.

Cara Orang Buta Guna Telefon

Kredit Sumber: @danisheddy98

Cara Kemaskini Perisian Ke Telefon

Baca panduan di bawah untuk mendayakan atau melumpuhkan ciri TalkBack pada telefon anda. Sebelum anda mencuba pengesyoran di bawah, pastikan anda menyemak sama ada perisian peranti anda dan apl berkaitan dikemas kini kepada versi terkini.

Untuk mengemas kini perisian peranti mudah alih anda, ikuti langkah berikut:

Langkah 1: Pergi ke Tetapan > Kemas kini perisian.

Langkah 2: Ketik pada Muat turun dan pasang.

Langkah 3: Ikut arahan pada skrin.

Cara Mengaktifkan Atau Menyahaktifkan TalkBack

Ciri TalkBack menyediakan maklum balas suara supaya anda boleh menggunakan telefon anda tanpa melihat skrin. Ia direka untuk pengguna atau situasi yang sukar untuk melihat skrin. Ikut langkah di bawah untuk mendayakan ciri TalkBack.

Langkah 1: Lancarkan apl Tetapan, dan kemudian pilih Kebolehcapaian.

Langkah 2: Ketik TalkBack.

Langkah 3: Ketik suis untuk mengaktifkan TalkBack.

Untuk menyahaktifkan TalkBack, ketik suis dan ketik di mana-mana pada skrin dua kali dengan cepat.

Cara Orang Buta Guna Telefon

Cara Menggunakan TalkBack

Apabila anda mendayakan TalkBack, telefon anda akan memulakan maklum balas suara dan anda secara automatik akan dibawa ke tutorial tentang cara menggunakan TalkBack. Cara menggunakan TalkBack adalah seperti berikut.

  • Leret ke kanan atau kiri untuk beralih antara item.

Cara Orang Buta Guna Telefon

  • Ketik item yang dipilih sekali untuk membaca teks pada skrin dengan kuat, ketik dua kali item untuk mengaktifkan ciri.

Cara Orang Buta Guna Telefon

  • Seret dengan dua jari untuk menatal.

Cara Orang Buta Guna Telefon

Jika anda mendayakan pintasan TalkBack, anda boleh menghidupkan dan mematikan ciri dengan menekan kekunci kelantangan naik / turun pada masa yang sama.

Kredit Sumber: Samsung

Harapan Penulis

Begitulah Cara Orang Buta Guna Telefon yang mungkin selama ini kita tidak ketahui.

Diharapkan dengan perkongsian Cara Orang Buta Guna Telefon ini dapat memberi ilmu baharu dan juga bermanfaat untuk anda yang belum mengetahuinya!

Selain ilmu tentang Cara Orang Buta Guna Telefon ini, anda juga boleh dapatkan lagi tips-tips atau info yang menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More