Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Cara Putihkan Gigi Secara Semulajadi, Jimat & Selamat

Cara putihkan gigi ada banyak selain daripada gosok gigi. Gigi yang putih sememangnya menjadi idaman setiap orang. Pasti kita merasa iri saat melihat senyuman mereka yang dihiasi barisan gigi yang putih bersih dan tersusun indah.. Jadi tidak hairanlah mengapa ramai dalam kalangan kita sanggup berhabis ribuan ringgit semata untuk mendapatkan penjagaan dan rawatan gigi.

Namun yang menjadi kebimbangan adalah kebanyakan produk dipasaran menggunakan bahan kimia ‘peluntur’ untuk memutihkan gigi dan tentu sekali ini akan menyebabkan pengguna berasa ragu-ragu untuk mencubanya

Jika anda mahu mendapatkan gigi yang lebih putih tetapi mahu melakukannya secara selamat, cubalah beberapa bahan serta tips semulajadi ini.

 

5 CARA PUTIHKAN GIGI SECARA SEMULAJADI Jimat & Selamat

1. MENGUNYAH MAKANAN ‘PENCUCI MULUT’

Mengunyah makanan seperti epal, sayur saderi (celery) atau lobak merah dikatakan dapat menjadikan gigi lebih putih disebabkan teksturnya yang berserat.

Dengan mengunyahnya sebagai snek, anda dapat membersihkan sisa makanan yang terlekat antara gigi dan serta mengesat plak-plak kekuningan yang terhasil di celahannya.

Selain menjadi snek yang sihat untuk tubuh, anda juga dapat memiliki senyuman yang bersinar!

cara putihkan gigi

Foto Kredit: draxe.com

2. BAKING SODA

Antara petua memutihkan gigi yang paling popular adalah dengan menggunakan baking soda.

Caranya, bancuhkan suku sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi. Beruskan gigi seperti biasa dan bilas dengan air. Lakukannya sekali seminggu atau setiap 2 minggu.

Jangan berlebihan ya sebab penggunaan baking soda secara melampau juga dikatakan boleh menghakis enamel gigi anda.

cara hilangkan gatal

Foto Kredit: davidwolfe.com

3. GARAM

Penggunaan garam dipercayai mampu menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putihnya.

Caranya adalah dengan menyapukan garam pada gigi seperti langkah menggunakan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilasnya seperti biasa.

Sekalipun dapat bertindak sebagai antibakteria, elakkan membubuh garam pada bahagian gusi kerana ia boleh menyakitkannya.

HADKAN KOPI & MINUMAN BERGULA

Kopi adalah salah satu musuh ketat gigi anda yang terkenal sebagai punca gigi kuning selain rokok dan minuman bersoda. Hal ini bukanlah bermaksud anda perlu mengelakkannya 100%, namun anda mungkin boleh mengehadkan kuantiti pengambilannya setiap hari.

Ini kerana minuman dan makanan bergula boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria Streptocuccus Mutans,  iaitu bakteria utama penyebab plak dan gingivitis yang merosakkan gigi serta menjejaskan keputihannya.

Foto Kredit: substance.com/

3. GUNA STRAW KETIKA MINUM

Kalau nak elak gigi cepat kuning, minum minuman bergula atau kopi melalui straw kerana tindakan ini dapat menghindarkan sentuhan langsung dengan gigi.

Kalau tak ada straw, cuba pastikan mulut anda dibilas selepas 30 minit menikmati minuman tersebut.

Foto Kredit: mnn.com

4. AMBIL MAKANAN BERKALSIUM TINGGI

Sesetengah gigi berubah menjadi kekuningan disebabkan lapisan enamel yang terhakis sehingga mendedahkan lapisan dentin di bawahnya yang berwarna kuning. Oleh itu, pengambilan makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brokoli boleh membantu mengelakkan hakisan dan sekaligus mengekalkan keputihannya.

Foto Kredit: watchfit.com/

5. BERUS & FLOS

Jangan pandang rendah kepada rutin memberus dan membersihkan gigi dengan flos. Ubat gigi dapat membantu mengeluarkan kotoran daripada gigi manakala penggunaan flos dapat mengeluarkan sisa makanan dengan berkesan.

Sesetengah makanan yang terlekat di celah gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna menggunakan berus gigi. Makanan yang terbiar lama di celahan boleh menghasilkan bakteria dan plak gigi.

RAWATAN PERGIGIAN YANG BOLEH DIDAPATI DI KLINIK

Proses pemutihan gigi boleh dilakukan di klinik, namun ia melibatkan penggunaan bahan aktif iaitu hidrogen peroksida. Bahan ini menghasilakan radikal bebas yang mampu bertindak untuk melarutkan warna kuning pada permukaan gigi.

Sungguhpun sangat berkesan, namun ia perlu dilakukan oleh pegawai pergigian yang bertauliah. Seeloknya, prosedur pemutihan gigi ini juga hanya patut dilakukan untuk keadaan tertentu sahaja. Jangan jadikan ia satu amalan harian kerana ia tidak sihat untuk kesihatan gigi.

Selain itu, elakkan membeli ubat pemutihan gigi di farmasi atau secara online tanpa mendapat nasihat doktor / pegawai pergigian. Ini kerana konsentrasi kandungan bahan aktif yang berbeza di dalam ubat-ubat tersebut  akan memberi kesan sampingan yang mungkin lebih buruk kepada pengguna

*Sumber: Reader’s Digest, The Malaysian Medical Gazette, HealthLine.com

Penutup 

Justeru, kami harap atikel ini memberi manfaat kepada semua orang. Ingatlah, gigi juga memainkan peranan penting dalam personaliti kita. Maka, hargailah dah jagalah ia sebaik mungkin.

 

Info Lain : Panduan dan Cara kira BMI yang betul dan mudah (Bayi,Kanak-kanak,Remaja,Ibu Mengandung & Orang Dewasa)

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More