Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Simpan Serai, Halia Dan Kunyit Untuk Tahan Lama & Tidak Cepat Rosak

Cara Simpan Serai, Halia Dan Kunyit ini sangat penting supaya sayur-sayur tersebut tahan lebih lama dan tidak cepat rosak. Seperti yang kita tahu, serai, halia dan kunyit merupakan bahan masakan yang lazim di Malaysia. Kebanyakan masakan di Malaysia menggunakan bahan-bahan tersebut bagi memberikan aroma dan tekstur masakan yang memukau.

Namun, cara penyimpanan bahan masakan tersebut yang kurang memuaskan akan menyebabkan serai, halia dan kunyit tersebut menjadi cepat rosak dan tidak tahan lama walaupun selepas disimpan di dalam peti sejuk.

Apabila sayur-sayuran ini menjadi lembik, sudah semestinya ia akan mengeluarkan tekstur seakan-akan lendiran apabila disentuh. Oleh itu, sayuran-sayuran yang asalnya digunakan untuk menaikkan aroma masakan kini menghasilkan bau-bauan yang tidak menyenangkan di dalam peti sejuk anda.

Dari sudut ekonomi pula, ini dilihat sebagai satu kerugian kerana kita tidak dapat memanfaatkan semua sayuran yang dibeli untuk dijadikan sebagai masakan di rumah. Sebaliknya, kita terpaksa mengeluarkan modal untuk membersihkan peti sejuk apabila sayur-sayuran tersebut tidak dapat bertahan lama daripada jangkaan pembeli.

Cara Simpan Serai, Halia Dan Kunyit

Seorang pencipta kandungan TikTok yang terkenal dengan kandungan tips dapurnya, Awang Dapur (@awangdapur) telah berkongsi tips berguna di akaunnya.

Beliau telah berkongsikan kaedah penyimpanan bagi sayur-sayuran seperti serai, halia dan kunyit agar tahan lama selama berminggu-minggu, mahupun berbulan-bulan.

Antara cara simpan serai, halia dan kunyit yang telah dikongsikan olehnya adalah:

  • Pertama sekali, pengguna perlu memotong atau membersihkan bahagian-bahagian sayur-sayuran yang kering dan sudah tidak digunakan dalam masakan.
  • Bagi serai, jika anda menggunakan bekas berbentuk balang dan ketinggian bekas tersebut tidak melebihi panjang serai, potong bahagian atas serai berdasarkan ketinggian bekas.
  • Diingatkan bahawa bahagian atas serai masih dapat digunakan dan tidak perlu dibuang. Selepas itu, masukkan batang serai dan bahagian atasnya ke dalam bekas dan isikan air ke dalam bekas tersebut.
  • Akhir sekali, tutupkan bekas tersebut dengan meletakkan penutupnya dan letakkan bekas terbabit di dalam peti sejuk. Jika anda hendak menyimpan halia dan kunyit, kaedahnya juga adalah sama.

Cara Simpan Serai

Jelas Awang Dapur, kaedah ini dapat memastikan sayuran-sayuran yang disimpan dalam peti sejuk dapat bertahan sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya.

Namun begitu, beliau memberi peringatan kepada orang ramai untuk menukar air di dalam bekas simpanan setiap kali dua minggu untuk mengelakkan air simpanan menjadi busuk.

Credit Sumber: @awangdapur

Diharapkan dengan perkongsian Cara Simpan Serai, Halia Dan Kunyit ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah penyimpanan sayur-sayuran tersebut daripada cepat rosak yang pernah berlaku selama ini.

Semoga perkongsian Cara Simpan Serai, Halia Dan Kunyit ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More