Cara Tukar Sijil Lahir Lama Kepada Yang Baharu
Ini Cara Tukar Sijil Lahir yang sudah lusuh atau rosak kepada yang baharu dan mungkin sebelum ini kita tidak pernah mengetahuinya.
Di Malaysia, pendaftaran untuk setiap kelahiran mestilah dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Setiap bayi yang lahir akan didaftarkan dengan JPN dan akan diberikan Surat Kelahiran (atau biasanya dipanggil Surat Beranak / Sijil Lahir) namun tidak ramai yang tahu sekiranya Sijil Lahir tersebut rosak atau hilang, anda boleh mendapatkan surat beranak yang baharu.
Setiap kelahiran di Malaysia WAJIB didaftarkan tanpa mengira taraf perkahwinan dan kewarganegaraan ibu bapa bayi.
Untuk pengetahuan semua, JPN akan mengeluarkan Sijil Lahir berwarna hijau kepada bayi warganegara dan merah jambu bagi bukan warganegara.
Sijil Lahir ini adalah sebuah dokumen penting mengenai seseorang individu itu yang kelahirannya sudah didaftarkan.
Dokumen ini mengandungi beberapa maklumat penting mengenai seseorang individu itu antaranya
- nama,
- tarikh lahir,
- nombor surat kelahiran,
- nama ibu dan bapa, dan
- beberapa maklumat lain.
Berbanding dengan kad pengenalan yang mesti di bawa ke mana-mana sahaja untuk semakan pihak berkuasa, biasanya kita hanya menyimpan Sijil Lahir ini sahaja namun mungkin digunakan untuk tujuan-tujuan penting antaranya perkahwinan dan sebagainya.
Sijil Lahir ini juga merupakan dokumen penting bagi mengesahkan status warganegara seseorang individu itu dan kebanyakan daripada kita yang sudah berumur masih menggunakan dokumen Sijil Lahir yang lama.
Sekiranya MyKad digunakan sebagai pengganti kad pengenalan lama, maka Sijil Lahir juga sebenarnya telah ditukar ke format baharu.
Sekiranya anda ingin berurusan dengan agensi kerajaan misalnya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mungkin sesetengah urusan memerlukan Sijil Lahir yang baharu untuk tujuan tertentu.
Dalam kes lain, Sijil Lahir yang dimiliki adakalanya menjadi lusuh dan butiran yang tertera tidak lagi dapat dibaca.
Maka anda perlu ke pejabat JPN untuk membuat pertukaran ke Sijil Lahir yang baharu.
Isi Kandungan
Cara Tukar Sijil Lahir Lama Ke Baharu Di JPN
Seorang pengguna Facebook, Mawarni Sani telah berkongsi Cara Tukar Sijil Lahir atau prosedur penggantian Sijil Lahir yang sudah lusuh kepada yang baharu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Cara Tukar Sijil Lahir sebenarnya tidak rumit seperti yang di sangka.
Anda hanya perlu hadirkan diri ke mana-mana cawangan JPN Negeri dan bawa bersama dokumen-dokumen berikut:
- Kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan
- Surat kelahiran yang asal
Bayaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM5 sahaja di kaunter. Menurut Mawarni, bayaran hanya diterima secara tanpa tunai (cashless).
Selepas membuat bayaran, anda perlu menunggu di ruangan menunggu buat seketika. Apabila nama anda telah dipanggil, anda boleh mengambil Sijil Lahir yang baharu dicetak di kaunter.
Seterusnya, Mawarni turut memberitahu bahawa kita boleh mewakilkan pasangan untuk mendapatkan Sijil Lahir yang baharu.
Cara Tukar Sijil Lahir itu juga hampir sama cuma hanya terdapat sedikit perbezaan pada dokumen yang perlu dibawa. Anda perlu membawa surat nikah, baik yang asli mahupun salinan. Selain itu, anda perlu membawa salinan kad pengenalan wakil ke pejabat JPN yang berdekatan.
Kredit Sumber: Mawarni Sani
Sijil Kelahiran Dengan Ciri Keselamatan Terkini
Mulai tahun 2023, Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia (JPN) akan mengeluarkan Sijil Lahir versi baharu bermula tahun hadapan yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini.
Penambahbaikan selaras dengan insiatif JPN untuk menambahbaik 38 dokumen keselamatan jabatan itu bagi menjaga aspek ketulenan dan ciri keselamatan yang akan dimiliki adalah dari segi:
- Reka bentuk dokumen.
- Jenis kertas yang digunakan.
- Jenis dakwat untuk cetakan keselamtan.
- Dilengkapi watermark bagi mengelakkan berlaku kes pemalsuan dokumen.
Walaupun ciri baharu ini akan diperkenalkan, namun Sijil Lahir yang sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar.
Harapan Penulis
Diharapkan dengan perkongsian Cara Tukar Sijil Lahir ini dapat memberikan manfaat untuk anda semua di luar sana.
Semoga perkongsian Cara Tukar Sijil Lahir ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan. Semoga bermanfaat!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi perkongsian serta info yang terkini dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.