Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Azmi Saat Kongsikan Cara Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan

Cara Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan sangat penting untuk diketahui oleh semua orang terutamanya bagi mereka yang berada di sekeliling mereka yang diuji dengan buta penglihatan.

Setiap orang ingin dilahirkan ke dunia ini dengan memiliki kecukupan pancaindera seperti tangan, telinga, mulut, hidung dan mata kerana kesemua anggota badan ini mempunyai peranan masing-masing yang sangat penting dalam kehidupan harian setiap manusia. Walau bagaimanapun, tidak semua dikurniakan dengan kesempurnaan ini seperti tidak dapat melihat atau buta penglihatan.

Pun begitu, semua orang berhak mendapat hak sama rata meskipun terdapat kekurangan pada diri. Dalam masa yang sama, kita juga boleh membantu dengan meringankan beban mereka, tapi bagaimana?

Pemain muzik dan penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat telah berkongsi mengenai panduan dan Cara Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan. Jom ikuti perkongsiannya di bawah, semoga bermanfaat.

Isi Kandungan

Azmi Saat Kongsi Pengalaman Hidup Sebagai Orang Cacat Penglihatan

Satu hari, saya ke kedai gunting rambut. Kebetulan waktu tu baru balik dari buat persembahan. Jadi, saya pergi dengan pengurus.

Oleh kerana rambut saya berminyak, Abang Barber bawa saya untuk cuci rambut dahulu. Waktu dia nak baringkan saya di tempat cuci rambut, dia berdiri berhadapan dengan saya, pegang kedua-dua lengan saya dan minta saya bergerak kebelakang perlahan-lahan untuk duduk ditempat cuci rambut. Pegangannya kuat sebab dia takut saya terjatuh. Saya sudah biasa berada dalam keadaan begini. Lalu saya berhati-hati. Akhirnya, saya dapat baring dengan selamat.

Begitu juga selepas siap cuci rambut. Dia bawa saya macam biasa. Waktu hampir sampai di kerusi untuk gunting, dia sekali lagi berhadapan dengan saya, pegang kedua-dua lengan saya kuat-kuat dan minta saya gerak ke belakang sampai dapat duduk di atas kerusi. Sekali lagi, disebabkan saya sudah biasa, saya berhati-hati dan dapat duduk dengan selamat.
Sambil sesi mengunting, kami berbual. Saya teruja dengan soalan Abang Barber,
“Bang, saya ni pertama kali berurusan dengan orang tak nampak. OK ke cara saya bawa abang tadi?”
Wah, jarang ada orang nak tanya soalan begini. Lalu Azmi Saat terangkan Cara Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan pada Abang Barber perlahan-lahan.
Cara Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan

Cara Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan

Jadi, pasti ramai yang ingin mengetahui apa jawapannya tentang panduan betul dan Cara Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan ini, bukan?

“Sebenarnya, cara yang terbaik, cukup dengan hanya Abang letakkan tangan saya di tempat duduk kerusi. Saya akan raba kerusi itu dan duduk sendiri. Cara abang tadi agak berbahaya pada orang yang tak biasa. Abang perasan tak tempat letak kaki pada kerusi ni? Tadi Abang hanya suruh saya duduk sedangkan abang terlupa nak suruh saya pijak di tempat letak kaki ni. Nasib baik saya memang dah biasa dengan kerusi gunting rambut. Dapatlah saya agak. Kalau tidak, boleh terjatuh tadi.”
Kata Azmi Saat lagi, sejak daripada hari itu, Abang Barber sudah pandai berurusan dengan orang cacat penglihatan sepertinya.
Begitulah kawan-kawan, tak perlu susah-susah untuk menguruskan orang buta ni.
Bagi kami pegang Insya-Allah kami dapat buat sendiri.
Azmi Saat juga kongsikan beberapa contoh lain untuk bantu orang cacat penglihatan. Antara situasi-situasinya adalah seperti berikut.

Situasi Apabila Membuka Pintu Kereta

Cukup letakkan tangan kami pada pembuka pintu.
Kami boleh buka dan masuk sendiri.
Ia lebih selamat bagi kami sebab kami dapat meraba ketinggian kerata dan kedudukan tempat duduk untuk masuk dengan selamat.

Situasi Ketika Turun Dan Naik Tangga

Cukup hanya letakkan tangan kami di palang tepi tangga dan Insya-Allah kami dapat turun dan naik dengan selamat.

Tindakan sesetengan orang pegang dan tarik tangan kami kuat-kuat membuatkan kami sukar mengagak lebar, tinggi dan bilangan anak tangga.

Kata Azmi Saat lagi, Cara Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan ini hanyalah sekadar perkongsian. Hal ini mungkin tidak penting bagi kita yang tidak berada di situasi berkenaan. Namun, ia mungkin akan berguna jika suatu hari nanti apabila keluarga atau orang sekeliling kita diuji dengan perkara berikut pada masa akan datang. Selain hal ini dapat memudahkan kita, ia juga lebih selamat untuk mereka yang menghadapinya.
Credit Sumber: Azmi Saat

Begitulah Cara Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan yang telah dikongsikan oleh Azmi Saat pada postingan di Facebooknya baru-baru ini.

Cara Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan

Jadi, anda sudah tahukan apa yang perlu dibuat apabila berhadapan dengan orang cacat penglihatan? Selepas ini, jika anda berhadapan dengan orang cacat penglihatan, anda boleh gunakan panduan dan cara tersebut untuk menyantuni mereka.

Diharapkan dengan perkongsian Cara Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan ini dapat memberi ilmu baharu dan juga bermanfaat untuk anda yang belum mengetahuinya!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi tips-tips atau info yang menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More