Cara Update MySejahtera, Ramai Masih Tidak Tahu Walau Sudah 2 Dos
Cara Update MySejahtera mudah dan cepat. Kita sedia maklum negara kita sudah mencapai 90% herd imunity yang mana rakyat kita sudah melengkapkan 2 dos vaksin. Dan kini banyak kemudahan-kemudahan awam telah pun mula dibuka semula seperti pusat sukan dan rekreasi, kedai makan, tempat-tempat bercuti dan juga perjalanan merentas negeri.
Melalui satu posting di laman Twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penambahbaikan dalam aplikasi itu telah siap dan perlahan-lahan akan diperbaiki.
The @my_sejahtera team will push a new build tonight making it easier for people to display their risk level and vaccination status – this will ease living with Covid, together. Will further update and improve the app over the coming weeks.
Namun masih ada dikalangan kita yang ada masalah di aplikasi MySejahtera kerana masih lagi terpapar tidak lengkap 2 dos. Disini kami kongsikan cara mudah untuk anda semua kemaskini app MySejahtera anda jika anda sudah lengkap 2 dos.
Isi Kandungan
Cara Update MySejahtera Jika Sudah Lengkap 2 Dos
Jom sama-sama kita saksikan cara tersebut dalam video dibawah:
Cara Kemaskini MySejahtera
Pastikan anda sentiasa mengemaskini tahap kesihatan anda di aplikasi MySejahtera dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Tekan butang ‘Status Risiko’
- Laksanakan penilaian kesihatan anda
- Status kesihatan anda akan tertera di profil anda & paparan Check-In!
Cara Update MySejahtera (English Version)
Update your health status in the mysejahtera. How to refresh mysejahtera:
- Click the risk status button
- Answer the health assessment test
- Your health status can be found at your profile page & check in report
Benarkah Saman Denda Jika Tidak kemaskini Mysejahtera
Sebelum ini, ramai kena denda gara-gara tidak update status kesihatan di mysejahtera sehingga ada yang kena denda RM1500 dan ada juga yang didenda sehingga RM2000. Terdapat salah faham sebenarnya. Tindakan denda telah ditarik balik.
Moga perkongsian ini dapat membantu anda semua yang mempunyai masalah yang sama. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan dan persoalan,
- anda boleh layari web https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
- selain itu anda juga boleh semak soalan-soalan lazim di aplikasi MySejahtera
Selamat mencuba dan marilah kita sama-sama doakan moga covid-19 ini akan terhapus dari muka bumi ini. Amin.