Sumber Rujukan Globalisasi Anda

COVID-19 Pakai Topeng Muka di Tempat Awam : Perlu atau Tidak?

COVID-19 : Mungkin ada persoalan antara  kita semua, adakah orang awam yang tidak bergejala perlu atau tidak memakai topeng muka semasa berada di tempat awam? Sehingga semua orang awam berebut-rebut membeli topeng muka sehingga kehabisan stok satu Malaysia??

Untuk makluman, di bawah garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang sedia ada, hanya individu yang mempunyai gejala COVID-19,  atau yang terdedah kepada individu yang bergejala sahaja perlu memakai topeng muka, Ini bagi mengelakkan kurangnya bekalan topeng muka.

Walaubagaimanapun,  Center of Diseases Control  and Prevention (CDC) telah mengeluarkan kenyataan terbaru dan kini menyokong dan menggalakkan orang awam memakai topeng muka untuk menutup hidung dan mulut mereka semasa berada di khalayak ramai.  Ini menandakan perubahan utama dari kenyataan sebelumnya.  WHO sedia untuk untuk melihat semula garis panduan yang dikeluarkan berhubung pemakaian topeng muka.

CDC menambah topeng muka seperti N95 masih lagi harus dikhaskan untuk golongan profesional perubatan, manakala bagi orang awam digalakkan menggunakan penutup muka jenis kain dan sebagainya.  Ini adalah sebagai titik permulaan penyelidikan saintifik untuk mengesan kesan positif di kalangan komuniti apabila memakai topeng muka untuk mencegah penyebaran COVID-19.

Tindakan ini mungkin boleh membantu mengurangkan kadar jangkitan di antara individu yang dijangkiti dari menjangkiti orang lain.  Ia juga mungkin akan menjadi sebagai strategi komprehensif untuk mengawal penyakit ini.

Ini adalah berkaitan dengan hasil kajian CDC baru-baru ini sebahagian besar individu tanpa gejala (a-simptomatik) dan individu yang mengalami gejala (pra-simptomatik) boleh menyebarkan virus kepada orang lain sebelum menunjukkan gejala.  Ini bermakna virus itu dapat menyebar di antara individu yang berinteraksi dalam jarak dekat, contohnya, bercakap, batuk, atau bersin, walaupun mereka tidak menunjukkan gejala.

Memandangkan bukti baru ini, CDC mengesyorkan memakai penutup muka kain di tempat awam, contohnya, kedai runcit dan farmasi terutamanya dalam bidang penghantaran.  Ia digalakkan untuk memperlahankan penyebaran virus itu dan membantu orang yang mungkin mempunyai virus dan tidak mengetahuinya daripada menjangkitinya kepada orang lain.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia memaklumkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menunggu garis panduan baharu daripada WHO sama ada wujud keperluan untuk memakai topeng muka kepada orang awam semasa berada di tempat awam.   

Antara strategi yang telah disyorkan KKM sebelum ini adalah  mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap  masa seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun, menggunakan hand sanitizer apabila berada di luar rumah dan mengamalkan penjarakan sosial (social distancing)  sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Marilah kita semua sebagai rakyat Malaysia sama-sama patuh kepada nasihat dari KKM dan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan bagi menghentikan rantaian COVID-19 ini. #dudukdirumah #stayathome #kitamestimenang

 

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More