Sumber Rujukan Globalisasi Anda

COVIDNOW Sekolah: Semak Kadar Vaksinasi Sekolah

COVIDNOW Sekolah: Semak Kadar Vaksinasi Sekolah dengan ciri baharu di laman sesawang COVIDNOW oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberikan perincian kadar vaksinasi di peringkat sekolah bagi seluruh Malaysia.

Isi Kandungan

COVIDNOW

COVIDNOW Sekolah

Pada bulan September 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan laman sesawang yang melaporkan segala maklumat dan data berkenaan COVID-19 yang terkini. Dengan format baharu, data yang dilaporkan kini termasuklah perincian kes COVID-19 yang baharu, kes kematian beserta status dan jenis vaksin, kapasiti sistem kesihatan awam serta data kesan sampingan susulan vaksinasi (AEFI). Ianya sebagai langkah penambahan kepada laporan data yang telah diberikan sebelum ini yang merangkumi jumlah kes COVID-19 mengikut negeri dan ujian saringan, kluster yang wujud dan masih aktif, kadar kematian mengikut negeri, kapasiti penggunaan unit jagaan rapi (ICU) dan juga data mobiliti. (Sumber: Astro Awani)

COVIDNOW Sekolah: Ciri Baharu COVIDNOW

COVIDNOW Sekolah

Pada 10 Oktober 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan ciri baharu di laman web COVIDNOW, bagi memudahkan rakyat terutamanya golongan ibu bapa dan penjaga murid-murid sekolah dalam memeriksa kadar vaksinasi murid di sekolah yang dihadiri anak-anak mereka.

Ia merupakan inisiatif pendekatan terbaik bagi menyediakan maklumat berkenaan tahap pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja bagi murid sekolah, hasil perbincangan antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga KKM. Usaha ini bagi membolehkan penyaluran maklumat secara terus dan telus kepada masyarakat Malaysia. (Sumber: Berita Harian)

Laman sesawang ini memberikan data lengkap peratusan kadar vaksinasi terkini buat sesebuah sekolah, merangkumi maklumat pelajar dan kakitangan yang sudah mendapat dos lengkap atau yang baharu menerima dos pertama.

Laman Web COVIDNOW Sekolah

Untuk memeriksa kadar vaksinasi murid di sekolah anak anda, klik pautan berikut:

Pautan: https://covidnow.moh.gov.my/school

Panduan Guna Ciri COVIDNOW Sekolah

Layari laman web COVIDNOW Sekolah seperti di beri di atas, dan pilih negeri lokasi sekolah yang hendak anda semak. Masukkan nama sekolah dan tekan butang CARI(SEARCH).

COVIDNOW Sekolah

Pilih sekolah dari senarai yang terpapar, dan laman web akan memaparkan data vaksinasi yang diperlukan.

COVIDNOW Sekolah

COVIDNOW Sekolah

Program Vaksinasi Remaja

KPM telah memastikan kerjasama rapat dengan KKM dalam pelaksanaan program vaksinasi kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun dalam program imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja). Program ini telahpun bermula sejak awal September yang lalu. Pemantauan rapi telah dilakukan sepanjang pelaksanaan PICK Remaja, khususnya bagi murid sekolah di bawah KPM. Setakat ini, hampir 80 peratus murid telah pun menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin COVID-19, dengan 38.7% murid telahpun lengkap divaksinasi.

COVIDNOW Sekolah

Pastikan anda sudah mendaftar anak-anak anda untuk program vaksinasi COVID-19 ini sebelum sesi sekolah bermula. Jika anda masih belum mendaftar, pastikan anda semak cara-cara mendaftar vaksin untuk kanak-kanak dan remaja dengan kadar segera. Semoga kita semua terus dapat bersama dalam memastikan negara kita kembali pulih daripada wabak COVID-19.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More