Bahan Pendidikan Untuk Semua

Dato Siti Nurhaliza Mohon Hormat Hak Cipta Lagu Basyirah

Penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza telah melancarkan single terbarunya yang bertajuk “Basyirah” atau bermaksud Khabar Gembira pada 08 Mei 2020. Namun belum pun sampai 24 jam, lagu tersebut sudah dimuatturun dilaman YouTube peribadi masing-masing.

Dato Siti Nurhaliza melahirkan rasa kecewanya melalui ruang Instagram rasminya. Di SINI. Dikongsikan juga di sini. Jika diteliti bait liriknya, lagu ini sebuah harapan bahawa satu hari nanti akan ada khabar gembira buat Malaysia untuk segera terhindar dari pandemik ini.

Lirik  ‘Basyirah’ Nyanyian Dato Siti Nurhaliza

Ku membaca warkah dunia

Kisah hidup penuh rintangan

Moga Dia ampun segala

Musibah yang membangkitkan harapan

Tidak dapat aku bayangkan

Tidak dapat aku hitungkan

Air mata tanpa jeritan

Rintih hiba di malam kegelapan

#co Bila Dia menghadirkan

Sakit yang membelenggu

Mengajar hati ini menzikirkan

Luahan jiwa

Apakah mayapada

Berakhir dengan lara

Ibarat angin duka

Dari lembah yang hampa

Dalam tangis aku ratibkan

Dalam syahdu ku munajatkan

Kalam rindu dalam tasbihku

Moga detik berkah bawa mubaraknya

#Bridge Hadir insan berterusan hulur firasat sejati

Perisaikan diri menjaga nyawa tak terganti

Budi yang terpuji…kesabaran yang mulia

#co

Bila Dia menghadirkan

Sakit yang membelenggu

Mengajar hati ini menzikirkan

Luahan jiwa

Apakah mayapada

Berakhir dengan lara Ibarat angin duka

Dari lembah yang hampa

 Semoga kepedihan Membawa basyirah(Penutup)

KUALA LUMPUR: Belum sampai 24 jam single terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza dimuat naik ke semua pelantar digital, ada pula berita yang kurang sedap di dengar daripada penyanyi nombor satu negara itu.

Nampaknya lagu hasil ciptaan gandingan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun bersama penulis liriknya, Ahmad Fedtri Yahya ini menerima nasib yang sama seperti lagu 7 Nasihat sebelum ini.

Menerusi perkongsian status Dato Siti Nurhaliza di Instagram, beliau mengumumkan status lagu baharu berjudul Basyirah itu, kini boleh didapati di semua pelantar digital.

Siti Nurhaliza, bagaimanapun, memaklumkan kekecewaannya terhadap sikap beberapa individu yang tidak bertanggungjawab didapati cuba mengambil kesempatan dengan memuat naik lagu tersebut di laman YouTube peribadi mereka.

“Apalah ertinya khabar gembira atau Basyirah, jika masih ada dalam kalangan kita merasakan sesebuah karya itu boleh dirampas, dijadikan hak kepentingan diri, diperkotak-katikkan hak ciptaan.

“Kita tidak akan menang atau menjadi nombor satu dengan sifat rakus memuat naik dan menyebarkan lagu yang tidak sampai sejam pun dilancarkan dengan cara ilegal,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan media dibuat pada Jumaat, beliau berkata selain tertarik dengan melodinya yang mempunyai unsur Timur Tengah, beliau berhasrat untuk menjadikannya sebagai single sempena bulan Ramadan ini.

Jelasnya, lagu tersebut merupakan satu metafora terhadap situasi yang dialami dunia hari ini yang sedang berdepan dengan penularan wabak COVID-19.

“Lagu ini juga menterjemahkan sebuah harapan bahawa satu hari nanti akan ada khabar gembira buat Malaysia untuk segera terhindar dari pandemik ini.

“Siti juga mengharapkan Basyirah mampu memberikan semangat kepada seluruh warga dunia yang menghadapi wabak dan juga petugas barisan hadapan yang berkorban sepenuh jiwa menjaga keselamatan negara,” jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Promosi Bahagian Domestik Universal Music, Anne Mukhtar memaklumkan lirik video Basyirah akan ditayangkan di laman YouTube rasmi penyanyi itu pada hari ini, Jumaat pukul 3 petang.

“Pada sebelah malam pula, Datuk Siti akan muncul dalam siaran langsung di Instagramnya bersama Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya pada pukul 9 malam. Selain itu, beliau juga akan melancarkan #7nasihatchallenge di Tik Tok pada 11 Mei ini.

“Sempena pelancaran lagu ini di Joox  pada 15 Mei ini, beliau turut mengundang peminat untuk berkaroke dengannya di Joox Karaoke,” katanya.

Bagi anda yang ingin mendengarkan lagu terbaharu daripada buah hati rakyat Malaysia ini, anda sudah boleh mendengarnya di Spotify, Joox, dan Apple iTunes.

kredit: Astroawani 

Dengan memuatturun ke laman YouTube peribadi bermakna anda mencuri hak orang lain dan ianya satu kesalahan!! Ianya sama dengan cetak rompak (Dulu). Sikap sesetengah individu yang hanya tahu mementingkan diri tanpa memikirkan penat lelah orang lain yang menghasilkan sesuatu hasil karya yang asli, memang akan mengecewakan orang yang sudah bertungkus-lumus.

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More