Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Demam Denggi Dan 3 Fasa Penting

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Kebanyakkan tempat yang mempunyai air bertakung akan berisiko untuk terkena jangkitan demam denggi. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya. Dan tahukah kita lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi?

demam denggi
Demam Denggi Dan 3 Fasa Penting 4

Isi Kandungan

3 Fasa Diagnos Demam Denggi

Jika kita mengalami demam melebihi 3 hari, tentu sekali itu berkemungkinan demam virus. Untuk memastikan virus apa yang dijangkiti, doktor akan mengambil darah pesakit. Daripada situ doktor dapat memastikan 3 peringkat, iaitu:

  1. Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
  2. Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
  3. NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

Rawatan Denggi

Menurut World Health Organization (WHO) Malaysia, tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Namun menurut MyHealth.my, ada beberapa jenis rawatan yang boleh dilakukan antaranya adalah:

  • Segera berjumpa dengan doktor jika menghidap demam dan tinggal / dari kawasan kes denggi tinggi kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin NSAD (ubat tahan sakit) bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
demam denggi
Demam Denggi Dan 3 Fasa Penting 5

Pencegahan Demam Denggi

Untuk makluman lanjut berkenaan denggi boleh terus layari DENGGI, namun di sini ingin juga kami kongsikan mengenai antara pencegahan yang boleh dilakukan jika dijangkiti denggi.

Telah ada vaksin pencegah denggi tetapi di Malaysia masih menunggu ‘safety profile’ vaksin tersebut sebelum dianjurkan pengambilan.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
  • Bayi
  • Kanak-kanak dengan diabetes, kegagalan ginjal, immuniti rendah, obesiti atau talasemia
demam denggi
Demam Denggi Dan 3 Fasa Penting 6

Penutup

Akhir kata, sama-samalah kita menjaga kesihatan dan kebersihan kawasan rumah agar tidak terjadi kawasan pembiakan nyamuk yang berisiko untuk pembiakan nyamuk aedes.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More