Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Diet Mengikut Jenis Darah, Adakah Benar?

Diet Mengikut Jenis Darah

 

Terdapat pelbagai cara  diet yang boleh dicuba dan diamalkan untuk penurunan berat badan dan menjaga kesihatan.

Ada yang berdiet dengan mengambil suplimen tambahan dan ada juga yang bersenam. Semua itu tidak menjadi kesalahan selagi ia tidak memudaratkan kesihatan anda.

Di sini dikongsikan jenis diet makanan mengikut darah untuk makluman anda semua.  Terdapat 4 jenis golongan darah iaitu darah A, AB, B dan O.

 

Darah jenis A

Individu dengan jenis darah A dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak atau ayam kampung (dalam jumlah yang dihadkan), lemak (dalam jumlah yang dihadkan), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. 
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Mereka juga perlu mengurangkan pengambilan diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.
Golongan individu jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.  Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang dihadkan.

 

Darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. 

 

Darah jenis B 
Pemilik golongan darah B sangat mudah terdedah dengan penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang disyorkan adalah daging lembu, kambing, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan serta digalakkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Individu darah jenis B lebih fleksibel.   Golongan jenis darah ini perlu menghindari makanan beku atau makanan dalam tin.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

 

Darah jenis O

Pemilik darah jenis O perlu lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi dan mengikut diet rendah karbohidrat dengan mengamalkan pengambilan ikan atau daging, serta sayur-sayuran, telur dan kacang.
Pemilik darah ini harus menghindari produk susu dan gandum serta menghadkan pengambilan buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan paling penting adalah nasi.
Sayuran yang perlu dihindari seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Makanan berjeruk juga harus di elakkan kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini

 

Kesimpulan

 

Walau apa sahaja jenis atau pelan diet yang anda sedang jalani bagi menurunkan berat badan, ianya haruslah munasabah.

Sama seperti pelan diet yang lain, diet jenis darah mungkin berfungsi untuk sesetengah orang, tetapi memandangkan pelan diet ini agak ketat, pengamal diet mungkin menghadapi masalah untuk mengikutinya untuk tempoh jangka panjang.

Walaupun amalan diet mengikut jenis darah sudah dibuktikan bahawa ia tidak mempengaruhi kesihatan seseorang.   Kepercayaan terhadap diet berasaskan jenis darah ini masih belum lagi dapat dibuktikan kesahihannya.

Untuk menurunkan berat badan berlebihan secara sihat, anda seharusnya mengawal jumlah kalori masuk dan pembakaran kalori berlebihan / simpanan melalui aktiviti fizikal seperti senaman.

Amalan pemakanan yang seimbang setiap hari dan konsisten adalah disyorkan bagi memastikan anda kekal sihat dan cergas.

 

*Sumber dari buku “Eat Right For Your Type” tulisan Dr. Peter J.D’Adamo

.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More