Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DISEBALIK IMEJ PM, ADA MAKSUD YANG TERSENDIRI

Semenjak pandemik covid-19 ini terjadi, semua rakyat ternanti-nanti pengumuman dari ‘frontliner’ yang berkhidmat terutama sekali Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyidin yassin. Apabila mengumumkan sesuatu untuk rakyat, tentulah penampilan juga dititik beratkan.

IMEJ PM

Bagaimanapun perasan tak, dalam tiga sidang media yang diadakan, Muhyiddin seringkali tampil dengan gaya penampilan bersahaja tanpa sebarang formaliti khusus seperti tidak memakai blazer dan melipat lengan baju kemejanya ke paras siku.

Perunding imej ini ada jawapannya.

Menurut Asnawi Yusof, pemilihan gaya pakaian perdana menteri itu sebagai bijak kerana dalam konsep berpakaian, ada beberapa perkara yang memberi kesan psikologi manusia.

Ini termasuklah pilihan warna, padanan corak, aksesori dan juga formaliti pakaian namun ia tidak semestinya benar tetapi mampu beri pengaruh secara tidak langsung kepada yang melihat dan mendengar.

“Contoh paling mudah adalah apabila kita tengok seorang warga emas memakai kopiah, berjanggut sederhana panjang dan percakapan sentiasa berlandaskan agama, automatik kita akan memanggilnya ‘tuan haji’.

DISEBALIK IMEJ PM, ADA MAKSUD YANG TERSENDIRI 1
IMEJ PM

“Tengok orang pakai sut, bertali leher dan berkasut hitam oxford, sambil bercakap guna iPhone 11 Pro, automatik kita akan kata ‘dia orang berjaya’ atau ‘anak orang kaya’,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan gaya Muhyiddin, Asnawi memberitahu kemunculan beliau ketika sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengumuman perihal keadaan semasa Covid-19 pada 13 Mac dan 16 Mac lalu ada maksud di sebaliknya.

Jika dilihat pada kedua-dua sidang media itu, Asnawi berkata, Muhyiddin memilih kemeja putih tanpa corak bersama tali leher kelabu gelap dengan corak minimal serta kemeja biru cair bersama tali leher rona sepadan tanpa memakai blazer.

Secara psikologinya kata Asnawi, beliau kelihatan suci dan jujur tanpa sebarang ‘maklumat tersembunyi’ yang disimpan dan tali leher yang dipakai memberikan tanda keamanan dan harmoni supaya nampak lebih dekat dengan masyarakat.

“Muhyiddin turut mengurangkan formaliti dengan tidak memakai blazer supaya rasa lebih membumi dengan masyarakat terutamanya golongan rakyat biasa,” jelasnya.

Berbeza ketika Muhyiddin tampil pada Perutusan Khas Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) pada 27 Mac lalu, beliau memilih mengenakan sut penuh berserta tag nama dan tali leher biru, imej berbeza berbanding dua sidang media sebelumnya.

DISEBALIK IMEJ PM, ADA MAKSUD YANG TERSENDIRI 2
IMEJ PM

Asnawi berkata, menerusi pakaian itu dapat dilihat perdana menteri serius kerana perutusan yang disampaikan adalah penting serta bernilai RM250 bilion kepada rakyat.

Ketika inilah katanya, beliau perlu menonjolkan diri sebagai seorang individu yang dipercayai, berkarisma dan profesional dalam melaksanakan tugas sebagai perdana menteri.

Bukan sekadar pakaian kata Asnawi, pemilihan perkataan yang digunakan dalam ucapan beliau juga cukup dititikberatkan apabila menggunakan bahasa Melayu dengan terma layman (bahasa mudah difahami) serta beberapa ayat bahasa Inggeris khusus untuk masyarakat bandar atau elite people.

Kesimpulannya, Perdana Menteri mahu rakyat menganggap beliau sentiasa dekat di hati rakyat jadi tidak perlu fomality dalam berpakaian dan tiada jurang antara kerajaan dan rakyat. Lihat sahaja pada setiap ucapan beliau, saling tak tumpah seperti seorang ayah bercakap dengan anak-anak. Pemimpin seperti ini yang kita mahukan, pemimpin berjiwa rakyat.

Sumber: mStar Online

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More