Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Official – Penyakit Waktu Banjir Dan 7 Langkah Pencegahan

Penyakit waktu banjir kebiasaannya sering diambil ringan oleh rakyat di negara kita. Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa. Antara punca utama banjir kilat berlaku pada masa ini disebabkan longkang tersumbat dan kelemahan sistem perparitan secara keseluruhan.

Untuk mengatasi masalah ini, pihak berkuasa perlu segera meningkatkan kerja-kerja penyelenggaraan longkang dan sistem perparitan di semua kawasan yang bermasalah.

Mendapan, sampah dan pelbagai jenis bahan buangan telah menyebabkan keupayaan sistem saliran berkurangan.

penyakit waktu banjir
Penyakit Waktu Banjir

Manakala kekurangan penyelenggaraan secara berkala juga mengundang lebih banyak insiden banjir di masa akan datang.

Pelbagai Penyakit Waktu Banjir

Selain itu, pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negara sebuah negara perindustrian baru.  Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada pembangunan telah menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir.

Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :

  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu

Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir

  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?

  • Sentiasa minum air yang telah dimasak
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
    • Guna tandas yang sempurna
    • Buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More