Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid 

Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid ini adalah untuk dijadikan panduan serta idea khusunya buat para guru sekolah.

Sekarang ini, di hujung tahun ramai guru data dan guru ICT pastinya sedang sibuk memasukkan data maklumat sekolah ke dalam sistem nkra. Data-data ini dimasukkan ke dalam sistem hasil daripada feedback yang diberikan oleh guru-guru kepada urusetia yang bertanggungjawab memasukkan data ini.

Bagi guru-guru, perlu difahami bahawa setiap feedback ataupun markah yang diberikan perlulah hadir dan mempunyai evidens yang tersendiri. Para guru tidak boleh memasukkan markah secara rambang tanpa dapat mengemukakan evidens evidens tersebut. Evidens ini perlu disimpan di dalam sekolah kerana dikhuatiri pihak JNJK datang ke sekolah dan meminta semua evidens tersebut dikeluarkan.

Bagi standard 3.1 pengurusan kokurikulum, terdapat beberapa aspek dalam standard ini yang perlu dihadirkan oleh pihak sekolah bagi mendapat markah yang baik. Berikut merupakan aspek-aspek dalam standard 3.3 pengurusan hal ehwal murid.

Isi Kandungan

Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

Hal Ehwal Murid merupakan salah satu jabatan yang menguruskan hal ehwal pelajar, pengurusan etika dan disiplin serta menjadi tanggungjawab jabatan ini dalam pembentukan etika pelajar/murid di luar kuliah akademik.

Terdapat enam aspek dalam standard Pengurusan Hal Ehwal Murid ini yang terdiri daripada ketetapan pelaksanaan hal ehwal murid, pengurusan disiplin murid, pengurusan keselamatan murid, pengurusan kesihatan murid, pengurusan bantuan pelajaran murid dan juga pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

1- Aspek pertama ialah Aspek 3.3.1 Ketetapan Pelaksanaan HEM

Aspek yang pertama dalam standard ini adalah Aspek 3.3.1 ketetapan pelaksanaan hal ehwal murid dimana ketetapan ini dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan hal ehwal murid. Antara evidens dokumen ketetapan hal ehwal murid dan carta organisasi HEM. Dokumen ketetapan HEM ini boleh meliputi semua bidang kerja yang melibatkan HEM ataupun buku pengurusan HEM dalam setiap sekolah.

Antara bahan evidens tersebut adalah seperti :

Aspek Dalam Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

Bahan Evidens

1- Aspek 3.3.1 Ketetapan Pelaksanaan HEM
2-Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid
3-Aspek 3.3.3 Pengurusan Keselamatan Murid
4- Aspek 3.3.4 Pengurusan Kesihatan Murid
5- Aspek 3.3.5 Pengurusan Bantuan Murid
  • Panduan dan Kelayakan Bantuan Murid

2- Aspek kedua ialah Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid

Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid. Kriteria yang kedua ialah disiplin murid yang diurus bagi pembangunan sahsiah murid adalah aspek kedua iaitu aspek pengurusan disiplin murid. Antara evidens adalah seperti Laporan Mingguan Perhimpunan Tahun Semasa, Rekod Disiplin Murid, Perancangan Program Pembangunan Sahsiah Murid, Laporan Rumusan Rekod Disiplin Murid, Laporan Program Pembangunan Sahsiah Murid.

3- Aspek ketiga ialah Aspek 3.3.3 Pengurusan Keselamatan Murid

Aspek 3.3.3 Pengurusan Keselamatan Murid. Antara evidens adalah seperti Program Keselamatan Murid, Panduan atau SOP menghadapi bencana dan sebagainya.

4- Aspek keempat ialah Aspek 3.3.4 Pengurusan Kesihatan Murid

Aspek 3.3.4 Pengurusan Kesihatan Murid. Antara evidens adalah seperti Buku Panduan Pengurusan Kesihatan Murid, Rekod Kesihatan Murid, papan sudut info kesihatan dan laporan program kesihatan.

5- Aspek  kelima ialah Aspek 3.3.5 Pengurusan Bantuan Murid

Aspek 3.3.5 Pengurusan Bantuan Murid. Antara evidens adalah seperti panduan dan kelayakan bantuan murid, senarai layak e bantuan.

6- Aspek keenam ialah Aspek 3.3.6 Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling

Aspek 3.3.6 Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling yang mempunyai sub aspek 3.3.6.1 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diurus secara profesional dan terancang, aspek 3.3.6.2 Pentaksiran Psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.

Antara evidens bagi aspek 3.3.6.1 adalah pekeliling berkaitan bimbingan kaunseling, buku rph GBK, Kertas kerja program laporan UBK dan takwim UBK.

Antara evidens 3.3.6.2 pula adalah seperti panduan pengurusan pentaksiran psikometrik, jadual pentaksiran, analisis data pentaksiran psikometrik dan program atau intervensi.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid  ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum

Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020

Minit Mesyuarat Maklum Balas Format Baharu

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More