Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020

Nombor kod fail sekolah terkini bermula 2020 ini dikongsikan untuk memberi rujukan dan idea khususnya buat para guru sekolah. Nombor kod fail ini adalah hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Arkib Negara Malaysia (ANM).

Manual Klasifikasi Fail Sekolah ini disediakan dengan tujuan membantu pegawai dan kakitangan untuk memastikan pengurusan rekod dilaksanakan dengan cekap dan teratur. Seterusnya, memudahkan pencapaian dan perkongsian maklumat.

Pengurusan sistem fail yang baik akan membolehkan pengesanan dan pengeluaran fail dengan segera. Seterusnya, sesuatu maklumat dapat diperoleh dengan cepat dan tindakan dapat diambil dengan segera. Keadaan ini akan dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran serta memberi kepuasan kepada pengguna serta meningkatkan kecekapan tadbir urus kementerian.

Isi Kandungan

Dapatkan “Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

Klasifikasi Fail Sekolah Terkini

Penggunaan Klasifikasi Fail berdasarkan fungsi dalam sektor awam telah disebar luaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 – Panduan Pengurusan Pejabat. Klasifikasi Fail ini dapat mewujudkan keseragaman dalam pengurusan rekod kerajaan.

Klasifikasi Fail adalah perkara yang berkaitan fungsi, aktiviti khusus dan sub-aktiviti bagi sesebuah organisasi. Ia menggambarkan perkhidmatan teras sesebuah organisasi yang menyediakan satu kerangka pengurusan rekod yang sistematik. Ia akan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Sepertimana tercatat dalam template Klasifikasi Fail yang dimajukan, terdapat peringkat/hierarki klasifikasi (tulisan berwarna) iaitu :

3.1 Fungsi (tulisan warna merah) – peringkat ini bukan merupakan peringkat fail, ianya merupakan penetapan fungsi kepada sesuatu klasifikasi contohnya fungsi PENTADBIRAN. Ianya digunakan sebagai rujukan di bawah fungsi mana sesuatu fail akan diwujudkan berdasarkan kepada Fungsi atau Aktiviti yang dijalankan ;

3.2  Aktiviti (tulisan warna biru) – peringkat ini bukan merupakan peringkat fail, ianya merupakan peringkat aktiviti yang menyokong kepada sesuatu Fungsi. Ianya digunakan sebagai rujukan untuk mewujudkan fail dalam skop yang lebih kecil. Contoh di bawah Fungsi PENTADBIRAN ada Aktiviti PENGURUSAN MESYUARAT ;

3.3  Sub-aktiviti (tulisan warna hijau) – peringkat ini bukan merupakan peringkat fail, ianya merupakan peringkat sub-aktiviti yang menyokong kepada sesuatu aktiviti. Ianya digunakan sebagai rujukan untuk mewujudkan fail secara lebih terperinci. Contoh di bawah Fungsi PENTADBIRAN ada Aktiviti PENGURUSAN MESYUARAT ada sub aktiviti MESYUARAT DALAM JABATAN ; dan

3.4  Transaksi/Fail (tulisan warna hitam) – ini merupakan peringkat fail, pewujudan fail adalah berdasarkan keperluan iaitu apabila ada surat/dokumen yang perlu dimasukkan ke dalam fail maka baru dibuka fail tersebut. Ini mengelakkan fail kosong dibuka. Contoh di bawah Fungsi PENTADBIRAN ada Aktiviti PENGURUSAN MESYUARAT ada sub aktiviti MESYUARAT DALAM JABATAN, fail MESYUARAT PENGURUSAN JPN.

Contoh :

100 PENTADBIRAN

100-1 Pengurusan Mesyuarat

100-1/1  Mesyuarat Dalam Jabatan

100-1/1/1 Mesyuarat Pengurusan JPN

Antara contoh nombor bagi pengurusan fail sekolah. Gambar di bawah contoh pengurusan pentadbiran di sekolah :

nombor kod fail sekolah

Gambar di bawah pula merupakan contoh bagi pengurusan kurikulum sekolah :

nombor kod fail sekolah

Gambar di bawah untuk pengurusan kokurikulum di sekolah :

nombor kod fail sekolah

Gambar di bawah adalah untuk pengurusan hal ehwal murid :

Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020 1

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020 ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Minit Mesyuarat Maklum Balas Format Baharu

Fail Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Koleksi Fail Meja Tugasan Guru

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More