Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Peluang Kerjaya Di FRIM Bagi Tahun 2024

Forest Research Institute Malaysia (FRIM) kini sedang membuka pelbagai peluang kerjaya untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di FRIM 2024

Peluang Kerjaya Di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) yang terkini bagi tahun 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanLokasi PenempatanTarikh Tutup Permohonan
Penolong Ketua Pengurusan Produk Berasaskan PenyelidikanBangunan FRIM Inc., Jalan Watson FRIM, 52109 Kepong, Selangor10 Mac 2024
Penolong Ketua Pengurusan Khidmat PerundinganBangunan FRIM Inc., Jalan Watson FRIM, 52109 Kepong, Selangor10 Mac 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di FRIM bagi tahun 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Peluang Kerjaya Di FRIM Bagi Tahun 2024 1
FRIM

Jawatan Penolong Ketua Pengurusan Produk Berasaskan Penyelidikan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di FRIM hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki SPM / STPM / Diploma atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Mahir dalam mengendalikan perisian asas komputer.
  • Kemahiran berkomunikasi dengan baik.
  • Bersedia bekerja di luar kawasan.
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya (2) tahun dalam organisasi awam atau swasta.
  • Bebas sebarang rekod disiplin dan jenayah.
  • Berperwatakan menarik dan boleh melaksanakan tugasan dengan pengawasan minimum.

Skop kerja jawatan ini adalah seperti berikut:

  • Membantu membangunkan produk yang bersesuaian dengan aktiviti syarikat.
  • Membantu menguruskan jualan produk secara online dan offline.
  • Membantu menguruskan aktiviti promosi dan pemasaran syarikat.
  • Menguruskan stok produk syarikat dan membuat stok-keeping.
  • Membantu mengendalikan laman sesawang serta aktif dalam pengurusan laman sosial syarikat.
  • Mengurus, merancang dan menyelaras jadual harian untuk Ketua Pegawai Eksekutif.
  • Merancang dan menyelaraskan mesyuarat dengan pelanggan bersama Ketua Pegawai Eksekutif serta menghadiri mesyuarat jika diperlukan.
  • Menjadi setiausaha mesyuarat dalaman syarikat.
  • Bertanggungjawab untuk menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail.
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengurusan Produk.
  • Pemohon yang boleh menggunakan aplikasi Canva akan diberi keutamaan.

Jawatan Penolong Ketua Pengurusan Khidmat Perundingan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di FRIM hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki SPM / STPM / Diploma atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Mahir dalam mengendalikan perisian asas komputer.
  • Kemahiran berkomunikasi dengan baik.
  • Bersedia bekerja di luar kawasan.
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya (3) tahun dalam organisasi awam atau swasta.
  • Bebas sebarang rekod disiplin dan jenayah.
  • Berperwatakan menarik dan boleh melaksanakan tugasan dengan pengawasan minimum.
  • Mempunyai kenderaan sendiri adalah digalakkan.

Skop kerja jawatan ini adalah seperti berikut:

  • Membantu menguruskan hal-ehwal projek perundingan yang dijalankan oleh FRIM Inc.
  • Menyediakan surat, memo, laporan dan minit mesyuarat berkaitan projek perundingan.
  • Menerima dan merekod surat harian, memo dan dokumen berkaitan dari pelanggan dan diserahkan kepada pegawai bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
  • Menghantar email kepada organisasi, pelanggan, syarikat atau badan tertentu.
  • Membuka, mengawalselia, merekod, mengemaskini dan menutup fail projek perundingan.
  • Menjaga dan menguruskan peralatan pejabat.
  • Membuat panggilan keluar / masuk bagi kerja-kerja melibatkan khidmat perundingan.
  • Melaksana tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Permohonan

Permohonan jawatan boleh dibuat dengan menghantar permohonan yang lengkap bersama Resume / Curriculam Vitea (CV) yang mempunyai:

  • Maklumat peribadi.
  • Kelayakan akademik (sertakan bersama sijil berkaitan).
  • Pengalaman kerja.
  • Jangkaan Gaji.
  • Gambar berukuran pasport.

Permohonan yang lengkap dengan maklumat tersebut perlu dihantar ke alamat berikut:

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
FRIM INCORPORATED SDN BHD
Villa Junaidiana
Jalan Watson
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
52109 Kepong
Selangor Darul Ehsan

E-mel: [email protected]

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Peluang Kerjaya Di FRIM Bagi Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di FRIM 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong di FRIM 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More