Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Peluang Kerjaya Di HCTM Bagi Tahun 2024

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) kini sedang membuka pelbagai peluang kerjaya untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di HCTM 2024

Peluang Kerjaya Di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang terkini bagi tahun 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPersonel MyStep
Lokasi PenempatanHospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM
GajiRM 1,700.00 (Sebulan)
Kemudahan1. Cuti Rehat – 12 hari setahun dikira secara purata (prorate) mengikut tempoh kontrak.
2. Cuti Sakit – 14 hari setahun dikira secara purata (prorate) mengikut tempoh kontrak.
3. Perlindungan Sosial – Caruman KWSP dan Caruman PERKESO.
Tarikh Tutup Permohonan5 Mac 2024 (Selasa)

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di HCTM bagi tahun 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Terbuka (Dilaksanakan mulai 1999)Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (Dilaksanakan mulai 2012)
Calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM tertakluk calon berkenaan memiliki keputusan SPM Sijil Terbuka seperti berikut:
– Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
– Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
– Memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (mana yang berkenaan) dan mata pelajaran tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM / SVM. Bagi tujuan memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu untuk pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut:
– Syarat Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam adalah Kepujian.
– Syarat Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) sekurang-kurangnya Gred C.
Peluang Kerjaya Di HCTM Bagi Tahun 2024 1
HCTM

Kriteria Pemilihan

Calon-calon akan dipilih berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Berkebolehan menggunakan Microsoft Office dengan baik.
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  • Boleh bekerja secara syif.

Deskripsi Tugas

Tugas-tugas bagi jawatan ini adalah seperti berikut:

  • Menguruskan khidmat keperluan rawatan temujanji pesakit di klinik / wad.
  • Menguruskan jadual temujanji pesakit di klinik / wad.
  • Mendaftar pesakit baharu ke dalam sistem.
  • Mengemaskini status kehadiran bagi setiap temujanji pesakit.
  • Memastikan fail pesakit disediakan pada hari temujanji pesakit.
  • Membuat tugas-tugas pentadbiran seperti surat menyurat dan lain-lain.

Cara Permohonan

Calon boleh membuat permohonan dengan mengemukakan dokumen ke alamat e-mel
[email protected] sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 5 Mac 2024.

Berikut adalah dokumen yang perlu dilampirkan untuk permohonan jawatan ini, iaitu

  • Curriculum Vitae (CV) yang lengkap.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan Sijil SPM / SVM.
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah.

Hanya calon yang layak sahaja akan dihubungi untuk sesi temu bual.

Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang pemakluman selepas 4 bulan daripada tarikh tutup permohonan.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Peluang Kerjaya Di HCTM Bagi Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di HCTM 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong di HCTM 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More