Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fungsi Sebenar Petak Kuning Di Stesen Minyak

Fungsi Sebenar Petak Kuning Di Stesen Minyak adalah sedikit berbeza dari petak kuning daripada yang biasa.

Kebiasaannya, stesen minyak mempunyai petak kuning yang ditempatkan di setiap terminal pam bergantung kepada jumlah bilangannya yang ada.

Sekiranya perasan, petak kuning di stesen minyak adalah sedikit berbeza dari petak segi empat besar daripada yang biasa ditemui di mana-mana kawasan parkir kenderaan.

Ini kerana petak kuning tersebut sebenarnya mempunyai kegunaannya yang tersendiri yang tidak ramai tahu.

Fungsi Sebenar Petak Kuning Di Stesen Minyak

Pak Haji (@petronasbukitkempas) di satu posting TikToknya telah menerangkan Fungsi Sebenar Petak Kuning Di Stesen Minyak kepada umum dalam satu rakaman video.

Klip yang berdurasi satu minit 10 saat itu dibuat supaya rakyat Malaysia atau pengguna stesen minyak peka dengan petak kuning tersebut.

Sebagai pemilik stesen minyak, Pak Haji rasa bertanggungjawab untuk berkongsi fungsinya yang sebenar kerana ia merupakan sebahagian daripada cara untuk mendidik orang ramai.

“Selalu nampak, tapi tidak pernah tahu apa gunanya. Di setiap pam di stesen minyak ada kotak kuning, apa gunanya? Hari ini Pak Haji nak kongsi apa guna petak kuning ini, tanda apa,” katanya dalam video tersebut.

Dalam klip tersebut, sebuah kereta Perodua Myvi diletakkan sebagai contoh di dalam petak kuning untuk rujukan Pak Haji.

Tangki kereta tersebut juga diletakkan dari arah berlawanan daripada muncung pam petrol supaya pengguna mendapat ‘bayangan’ mengenai fungsi petak kuning tersebut.

“Petak kuning ini adalah tanda kawasan yang boleh dijangkau oleh muncung pam. Nozzle ataupun hos ini boleh sampai ke mana-mana, sekiranya tangki kereta anda berada dalam petak,” jelasnya.

Fungsi Sebenar Petak Kuning Di Stesen Minyak

Fungsi petak kuning tersebut adalah sebagai kayu pengukur untuk jarak muncung pam petrol ke tangki minyak kereta dalam kadar yang bersesuaian.

Jika dilihat dengan teliti, muncung pam petrol mempunyai satu hos yang panjang, di mana ia membantu pengguna untuk mengisi minyak walaupun berada berjauhan dengan tangki minyak.

Ia juga membantu pemandu untuk meletakkan kenderaan dengan baik supaya dapat menganggarkan jarak antara nozzle dan juga tangki minyak.

Oleh itu, pengguna tidak perlu merasa panik sekiranya posisi tangki minyak berada di tempat yang salah.

“Di mana-mana petak kuning, hos ini boleh sampai. Jadi jangan panik, jangan rapat sangat, jangan sampai terlanggar asalkan tangki kereta anda berada di petak kuning,” tambahnya lagi.

Fungsi Sebenar Petak Kuning Di Stesen Minyak

Justeru, letakkan kereta mengikut petak kuning supaya pengisian minyak berjalan lancar.

Diharapkan dengan perkongsian Fungsi Sebenar Petak Kuning Di Stesen Minyak ini dapat menjadikan anda di luar sana lebih peka dan bijak berkenaan penggunaan petak kuning ketika mengisi minyak. Semoga perkongsian Fungsi Sebenar Petak Kuning Di Stesen Minyak ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More