Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hak Kanak-kanak Untuk Pendidikan Formal di Sekolah

Hak Kanak-kanak Perlu Ditegakkan

kanak-kanak

Kebelakangan ini terdapat beberapa kes selebriti memberhentikan persekolahan anak mereka kerana pelbagai alasan. Sebagai ibu bapa, adakah tindakan sedemikian dianggap tepat?

Sebenarnya, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menyekat seorang kanak – kanak mendapatkan pendidikan kerana ia adalah suatu hak asasi selain tentu sahaja ia menggugat masa depan mereka.

Dari segi hak asasi, Malaysia meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) pada 17 Februari 1995 yang antara lain menggariskan mengenai hak pendidikan bagi kanak-kanak. Hak kanak-kanak dibahagikan kepada empat kategori, iaitu hak kepada kehidupan, perlindungan, perkembangan dan penyertaan. Dalam hal ini, ibu bapa dan penjagalah yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk mempertahankan hak mereka, termasuk memberikan pendidikan kepada mereka.

Pendidikan formal di sekolah adalah salah satu cara untuk menunaikan hak tersebut. Pendidikan di sekolah ini pula tidak hanya menumpukan perkembangan akademik, tetapi turut mencakupi pembangunan aspek lain yang lebih luas iaitu kemahiran insaniah, seperti personaliti, bakat, serta keupayaan mental dan fizikal.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: 1,500 pelajar SMK TTDI Jaya Mula Bersekolah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More