Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Harga Petrol Dan Diesel Tidak Berubah Sehingga 23 Ogos 2023

Harga Petrol Dan Diesel Tidak Berubah meskipun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan, kata Kementerian Kewangan.

Petrol dan diesel adalah bahan api kereta yang paling biasa dan mempunyai permintaan yang tidak berkesudahan. Kedua-dua bahan api tersebut mempunyai kebaikan dan keburukan menggunakannya yang tersendiri. Dari segi keselamatan alam sekitar, kedua-duanya berbahaya. Walau bagaimanapun, mereka telah menjadi keperluan penting dalam dunia hari ini.

Justeru, jika ada perubahan harga bahan api tersebut pasti akan merisaukan semua pengguna pada saat-saat ekonomi yang semakin gawat ini, bukan?

Isi Kandungan

Harga Petrol Dan Diesel Tidak Berubah

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 17 hingga 23 Ogos ini. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada 16 Ogos lalu memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi

  • RON95 akan kekal RM2.05 seliter.
  • RON97 akan kekal RM3.37 seliter.
  • Diesel akan kekal RM2.15 seliter.

Harga Petrol Dan Diesel Tidak Berubah

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, meskipun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

Sumber: Bernama

Diharapkan dengan perkongsian terkini Harga Petrol Dan Diesel Tidak Berubah ini bermanfaat untuk anda semua d luar sana!

Semoga persoalan anda berkaitan kenaikan petrol akibat kenaikan harga siling melebihi yang ditetapkan, jawapannya adalah Harga Petrol Dan Diesel Tidak Berubah dan masih sama sehingga 23 Ogos ini.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More