Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Kebangsaan & Negeri

Hari Sukan Negara 2023 akan kembali tidak lama lagi dengan pelbagai aktiviti dan ia terbuka untuk semua rakyat Malaysia.

Tahukah anda apakah itu Hari Sukan Negara dan mengapa ia perlu disambut di Malaysia?

Jom ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui beberapa fakta tentang sambutan istimewa ini.

Isi Kandungan

Hari Sukan Negara 2023

Secara asasnya semasa Hari Sukan Negara (HSN) ini, kita inginkan satu Malaysia bersukan, bersenam dan beriadah dan seterusnya menyemai pembudayaan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat dengan amalan gaya hidup aktif dan sihat.

Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan bagi:

  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
  • Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan.
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
  • Memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

Hari Sukan Negara 2023

Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Kebangsaan, Daerah & Negeri

Bagi peringkat kebangsaan, Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara 2023 akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri seperti berikut:

  • Tarikh: 14 Oktober 2023 (Sabtu)
  • Masa: Mulai 6.30 Pagi
  • Lokasi / Tempat: Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya

Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 akan diadakan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri dan Bahagian di negeri Sarawak diselaraskan semula ke 28 Oktober 2023 (Sabtu) bagi menghormati Sambutan Ulang Tahun Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menyasarkan sasaran penyertaan seramai 4.5 juta orang di seluruh negara bagi HSN 2023 dengan tema #FitMalaysia dan #HSN2023.

Pelbagai program dan aktiviti sukan dan rekreasi akan dianjurkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bermula 13 hingga 15 Oktober 2023.

KBS menyeru semua pihak untuk bersama-sama memeriahkan penganjuran HSN termasuklah menerusi pelaksanaan program dan aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat masing-masing.

Pendaftaran Program Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Kebangsaan & Negeri 

Pendaftaran bagi program-program pada Hari Sukan Negara 2023 di peringkat Kebangsaan atau peringkat Negeri masing-masing adalah seperti berikut.

Acara Peringkat Kebangsaan

Acara Peringkat Negeri

FIT Malaysia

Hari Sukan Negara 2023

Hari Sukan Negara 2023

Hari Sukan Negara 2023

Hari Sukan Negara 2023

Hari Sukan Negara 2023

Hari Sukan Negara 2023

Jelajah Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan – Jom daftar DISINI

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor

Hari Sukan Negara 2023

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

Hari Sukan Negara 2023

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG

Hari Sukan Negara 2023

Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka

Hari Sukan Negara 2023

JBS Negeri Sembilan

Hari Sukan Negara 2023

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak

Hari Sukan Negara 2023

JBS Negara

Hari Sukan Negara 2023

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang

Hari Sukan Negara 2023

Hari Sukan Negara 2023

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Hari Sukan Negara 2023

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Hari Sukan Negara 2023

Jabatan Belia Dan Sukan W.P.Labuan

Hari Sukan Negara 2023

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak – Rasmi

Jabatan Belia Dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah

Hari Sukan Negara 2023

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan program peringkat Negeri atau peringkat Kebangsaan Hari Sukan Negara 2023 ini, sila rujuk saluran berikut:

Diharapkan info tentang Hari Sukan Negara 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana dan jangan lupa tandakan siap-siap dalam kalendar telefon korang janji temu kita, 14 OKTOBER 2023 tau!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More