Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sah! Faisal Halim Sertai Selangor FC 2023

Faisal Halim atau lebih popular digelar ‘Mickey’ sah sebagai pemain tempatan baharu Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2023. Perkara ini diumumkan secara rasmi di laman facebook rasmi Selangor FC pada 22 Disember 2023.

faisal halim
Kredit gambar: Malayantigerfans

Pemain yang dilahirkan pada tahun 1998 berhijrah dari negeri Terengganu FC selepas bersama selama dua tahun. Sebagai salah satu tonggak utama pasukan, Faisal Halim jelas menunjukkan taringnya yang tajam itu apabila membantu pasukan Sang Penyu muncul Naib Juara dalam saingan Liga Super musim ini.

Isi Kandungan

Faisal Halim Kecil Cili Padi

Prestasinya dilihat terus meningkat naik apabila berjaya menjaringkan 27 gol dan 42 ‘assists’ dalam 101 perlawanan selama bersama Sang Penyu. ukan sahaja mendapat tempat di hati barisan jurulatih Terengganu FC, tetapi seluruh peminat sang penyu menjulang serta meminati gaya permainan Faisal Halim. Jelas, perhijrahan ini pastinya mendukacitakan peminat Terengganu FC.

faisal halim

Semasa bersama Terengganu FC, prestasi cemerlangnya mendapat perhatian dari jurulatih pasukan negara hingga beliau dipanggil untuk mewakili Harimau Malaya buat pertama kalinya pada tahun 2019. Kesungguhan dan kemahiran ditunjukkan membuatkan beliau menjadi pemain ‘regular’ sehingga kini dan telah dilantik sebagai salah seorang Kapten pasukan Negara.

Faisal Halim turut menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Kebangsaan menentang Myanmar dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 21 Disember itu hari.

Sah! Faisal Halim Sertai Selangor FC 2023 1

Mahu Jadi Watak Penting

Seperti yang disiarkan menerusi page rasmi Selangor FC Faisal mahu menjadi watak penting dalam pasukan, Faisal yakin beliau mampu berikan yang terbaik untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan Selangor bagi musim 2023 kerana impiannya untuk bersama kelab ini akhirnya tercapai.

“Selangor FC adalah satu pasukan yang besar, semua orang mengenali dan ingin bermain untuk kelab ini. Alhamdulillah, saya dah sampai ke laman Gergasi merah kerana ini yang ditunggu-tunggukan” kata Faisal.

Jelasnya lagi, beliau yakin mampu mempamerkan persembahan yang baik dan memberikan  kelainan untuk Selangor FC. Sasarannya sekurang-kurangnya ingin menjadikan Merah Kuning sebagai pasukan yang digeruni dan berjanji akan berikan sehabis baik untuk melaksanakannya.

Pastinya kehadiran Faisal Halim mampu mengukuhkan dan menambahkan sengat bahagian serangan Gergasi Merah untuk Liga Malaysia musim 2023 tidak lama lagi.

Kerjaya Mula Faisal

Sebelum bersama Terengganu FC, Faisal dikatakan berjaya mencuri tumpuan selepas mempamerkan beraksi dengan cemerlang bersama pasukan negeri kelahirannya, Penang dalam saingan Piala Presiden 2014. Ia menjadi satu batu loncatan untuk beliau mula beraksi dalam saingan Liga Premier 2015 semasa usianya 17 tahun, dengan mencatatkan tiga penampilan dan satu jaringan gol sekaligus membantu pasukannya menjadi Naib Juara kejohanan tersebut pada ketika itu.

Pada tahun berikutnya, Faisal membuat satu keputusan besar untuk berhijrah dari negeri kelahirannya dan melebarkan sayap beliau bersama pasukan utama Sri Pahang FC bermula tahun 2016. Beliau terus menjadi antara pemain tonggak yang membantu Tok Gajah menjulang Piala FA 2018. Lima tahun bersama pasukan tersebut, Faisal membuat 79 penampilan, sepuluh jaringan gol dan empat bantuan gol untuk rekod peribadinya.

Selamat Maju Jaya Faisal Halim bersama Selangor FC. Selain Selangor FC, antara pasukan lain yang sedang giat membuat perancangan pasukan bagi saingan Liga Super 2023 adalah Kelantan The Red Warriors.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More