Sumber Rujukan Globalisasi Anda

HATI-HATI MENGGUNAKAN PINGGAN SERAMIK BERCORAK

PINGGAN SERAMIK : Plumbum sudah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan pewarna untuk mewarna corak dan lukisan pada produk seramik, terutama pinggan mangkuk.

Oleh itu, pengguna perlu berhati-hati kerana pinggan mangkuk seperti ini yang tular baru-baru ini mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.

Ini kerana logam berat plumbum digunakan boleh memberi kesan terhadap kesihatan.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti UCSI, Dr Mustafa Ali Mohd berkata, pewarna digunakan ialah cat industri yang sememangnya tidak sesuai untuk pembuatan pinggan mangkuk.

Isi Kandungan

PINGGAN SERAMIK MERBAHAYA?

PINGGAN SERAMIK
PINGGAN SERAMIK

“Pengusaha cenderung menggunakan cat pewarna atau cat daripada gred industri kerana harganya lebih murah dan dapat menghasilkan corak serta warna menarik,” katanya.

Menurut beliau, bahan plumbum itu mudah luntur apabila kita meletakkan makanan yang panas atau berasid tinggi pada pinggan mangkuk terbabit.

“Seterusnya ia terlarut lalu bahan toksik ini meresap ke dalam cecair pada makanan yang bersentuhan dengannya.

“Ini sangat berbahaya kepada pengguna kerana bahan industri dihasilkan menggunakan campuran pelbagai kimia berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan,” katanya.

Dr Mustafa berkata, bahan plumbum yang luntur tidak mengeluarkan bau, warna dan rasa kerana saiznya terlalu kecil.

“Sedikit demi sedikit bahan kimia ini tersimpan dalam badan pengguna yang lama-kelamaan memberi kesan kepada kesihatan.

Kesan kepada golongan dewasa ialah :

~Gangguan saraf seperti Parkinson

~Nyanyuk

~Gangguan fungsi otak

~Hati

Kesan kepada kanak-kanak adalah :

~Proses tumbesaran terbantut

~Masalah pembelajaran ‘Intelligence Quoteint (IQ) rendah

Pinggan mangkuk yang cantik ini tentunya menjadi perkakas kegemaran yang kerap digunakan. Semakin kerap menggunakan pinggan ini maka bertambah banyak toksik menyerap masuk ke dalam badan. Sebaik-baiknya elakkan menggunakan pinggan ini kerana ia lebih selamat digunakan untuk hiasan.

Pengguna dinasihatkan agar bijak memilih, memang pinggan bercorak itu cantik tetapi bahaya untuk kesihatan anda. Untuk kegunaan seharian lebih baik memilih pinggan yang kosong tanpa corak lebih selamat untuk kesihatan anda sekeluarga.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More