Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jururawat 2024: Peluang Kerjaya Sehingga 2431 Kekosongan

Pengambilan Jururawat 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan Jururawat 2024

Maklumat Pengambilan Jururawat 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanJururawat Gred U29
KementerianKementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Taraf PelantikanCalon Lantikan Baharu adalah secara pelantikan kontrak (interim) selama 3 tahun dan Pegawai Lantikan Tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Kumpulan PerkhidmatanKumpulan Pelaksana
Jumlah Kekosongan2431
Jumlah Simpanan4000
Tarikh Tutup Permohonan29 Februari 2024 (Khamis)
Pengambilan Jururawat 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Pengambilan Jururawat 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji Permulaan U29: RM1,797.00).
  4. Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
  5. Bidang Kelayakan Akademik adalah Separa Perubatan.
Pengambilan Jururawat 2024: Peluang Kerjaya Sehingga 2431 Kekosongan 1
Pengambilan Jururawat 2024

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang memenuhi keperluan tambahan seperti yang diperincikan di bawah layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Keperluan tambahan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan adalah seperti berikut:

  • Memperoleh Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh Senat / Jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  • Wajib berdaftar sebagai Jururawat dengan Lembaga Jururawat Malaysia (Jadual Kelima).
  • Memiliki Pengekalan Nama (RON) atau Sijil Pengamalan Tahunan (APC) yang dikeluarkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia dan masih sah pada tahun semasa.
  • Graduan Diploma dalam bidang kejururawatan yang tidak bekerja sebagai Jururawat dalam tempoh lima (5) tahun perlu mempunyai RON.
  • Graduan Diploma dalam bidang kejururawatan yang menamatkan pengajian pada tahun 2023 dan 2024 dikecualikan RON dan APC.
  • Had umur maksimum 40 tahun pada tarikh tutup iklan kerana mengambil kira bidang tugas yang akan dilaksanakan.
  • Graduan daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang masih terikat dengan perjanjian dengan Kerajaan dikecualikan daripada memohon jawatan ini.

Maklumat lanjut berkaitan APC / RON, sila rujuk pautan berikut

>>>FAQ Berkaitan APC / RON<<<

Ringkasan Tugas Jururawat

Jururawat ialah profesional dalam bidang penjagaan kesihatan.

Jururawat bertanggungjawab bagi

  • keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk,
  • penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan
  • menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.

Jururawat bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 29 Februari 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Jururawat 2024: Peluang Kerjaya Sehingga 2431 Kekosongan 2
Mohon perhatian, iklan Pengambilan Jururawat 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Pengambilan Jururawat 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More