Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penyakit Hepatitis B- Gejala, Komplikasi, Rawatan Dan Pencegahan

Isi Kandungan

Pengenalan

Hepatitis B adalah sejenis penyakit berjangkit yang ketiga paling kerap berlaku di kalangan pelancong. Penyakit ini menyebabkan radang hati. Ia berlaku secara endemik (penyakit yang sentiasa wujud di dalam suatu populasi).

Di Afrika dan Asia, kebanyakan jangkitan berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak manakala di Amerika Utara, jangkitan berlaku di kalangan dewasa. Bagi negara membangun, Hepatitis B berlaku di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi seperti penagih dadah yang (menggunakan jarum suntikan), individu yang mempunyai beberapa pasangan seksual dan anggota perubatan (contohnya doktor, pakar bedah, doktor gigi, pakar patologi, jururawat dan anggota pusat hemodialisis).

hepatitis B

Agen penyebab: Virus Hepatitis B (HBV), Hepadnaviridae.

Cara jangkitan: Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan cecair badan (seperti air liur, air mani dan cecair faraj), pemindahan darah atau produk darah yang tercemar, hubungan seksual, atau melalui jarum suntikan yang tercemar. Jangkitan juga boleh berlaku daripada ibu kepada bayi (semasa hamil) dan sekiranya kulit di tembusi jarum tercemar semasa akupunktur, bertindik dan bertatu.

Tempoh pengeraman: 45 hingga 180 hari, purata 60 hingga 90 hari.

Tanda dan gejala

hepatitis b

Walaupun kebanyakan kes Hepatitis B tidak menunjukkan tanda dan gejala, antara gejala yang boleh berlaku adalah kurang selera makan, loya, muntah, perut rasa tidak selesa, sakit sendi, ruam serta kekuningan pada mata dan kulit.

Komplikasi

hepatitis b

Sirosis hati (kerosakan hati yang teruk hingga menyebabkan kematian sel-sel hati) dan/atau kanser hati.

Rawatan

Rawatan simptomatik: Berehat, lebihkan minum air dan gunakan ubat antipiretik (contohnya Paracetamol) untuk melegakan demam.

Pencegahan dan langkah berjaga-jaga

Individu yang berisiko di nasihatkan berhubung dengan pihak kesihatan untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B

Jenis vaksin: Virus yang telah dilemahkan.

Bilangan dos: Tiga (3) dos. Vaksin disuntik di paha. Juga terdapat jenis produk vaksin yang hanya memerlukan dua (2) dos sahaja untuk golongan remaja.

Kontraindikasi: Reaksi buruk terhadap dos sebelumnya.

Tindak balas buruk: Terasa sakit dan kemerahan.

Sebelum perjalanan: Dos kedua diberikan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum perjalanan.

Disyorkan untuk: Semua individu yang akan melawat kawasan berisiko jangkitan penyakit Hepatitis B tahap sederhana dan tinggi.

Langkah berjaga-jaga: Amalkan seks yang selamat dan elakkan aktiviti yang mungkin menggunakan alat suntikan yang tercemar seperti bertindik dan bertatu.

Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Penyakit Hepatitis B- Gejala, Komplikasi, Rawatan Dan Pencegahan akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik Untuk Dibaca: Penyakit Gout, Tekanan Darah Tinggi- Penyebab,Tanda,Komplikasi Dan Rawatan,Penyakit batu Karang,Kanser Perut Penyakit Anemia-Gejala,Penyebab dan Rawatan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More