Sumber Rujukan Globalisasi Anda

HPIPT 2022: Permohonan Hadiah Kemasukan ke IPT

HPIPT 2022: Permohonan Hadiah Kemasukan ke IPT telahpun dibuka buat Siswa Baharu Anak Selangor bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2022.

HPIPT 2022

Isi Kandungan

Apakah Itu HPIPT?

HPIPT adalah akronim bagi Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi, yang merupakan satu bentuk inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam menghulurkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor. Bantuan ini adalah khusus buat anak-anak yang berlatar belakangkan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, dan sedang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan Malaysia. HPIPT adalah salah satu daripada Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) oleh Kerajaan Negeri Selangor buat rakyat negeri tersebut. Dan tahun ini, permohonan telah dibuka untuk anak-anak Selangor yang telah memulakan pengajian mereka di IPT, mengikut beberapa syarat kelayakan tertentu.

Maklumat Lanjut HPIPT 2022

Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi membuka ruang buat anak-anak Selangor untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan HPIPT, terutama bagi mereka yang layak.

Syarat Kelayakan HPIPT 2022

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon HPIPT bagi tahun 2022 (Sumber daripada HPIPT Online):

1. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.

2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
  • Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
  • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.

3. Pemohon telahpun ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama di mana-mana IPT.

4. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.

5. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.

6. Permohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja.

7. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

8. Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah.

9. Permohonan yang tidak lengkap akan dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

NOTA:

Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI/KPLI) / Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Pengajian Luar Kampus (PLK) adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.

Tarikh Permohonan HPIPT 2022

Permohonan telah dibuka sejak 1 Mac 2022, dan akan berakhir pada 31 Mac 2022.

Cara Membuat Permohonan HPIPT 2022

HPIPT 2022

Untuk memohon HPIPT 2022, anda boleh ikuti prosedur permohonan seperti di bawah:

  1. Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Sistem Permohonan HPIPT di pautan ini: http://hpipt.selangor.gov.my
  2. Pemohon adalah diminta untuk sentiasa melayari laman sesawang HPIPT bagi mendapatkan sebarang informasi terkini berkenaan HPIPT 2022.
  3. Pemohon adalah dikehendaki untuk membaca serta memastikan pemohon menepati syarat-syarat kelayakan sebelum anda membuat sebarang permohonan.
  4. Pemohon boleh membaca Manual Panduan Permohonan (Online) menerusi pautan ini sebagai rujukan: Panduan Mengisi Borang
  5. Pemohon adalah diminta untuk melengkapkan permohonan di atas talian serta menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTS.
  6. Salinan asal borang tersebut perlu dihantar kepada Urus Setia HPIPT melalui serahan tangan atau pos SEBELUM TARIKH TUTUP PERMOHONAN, di alamat berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam

Senarai Dokumen Perlu Dilampirkan Bersama Permohonan

Borang Permohonan yang telah disempurnakan mengikut panduan HPIPT Online hendaklah disertakan bersama lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa
  3. Salinan Sijil Kematian/Surat Perakuan Cerai/Surat Akuan Sumpah sekiranya berkaitan
  4. Surat Pengesahan Pemastautin daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi kelahiran bukan di negeri Selangor sahaja) untuk Pemohon, Ibu dan Bapa.
  5. Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT
  6. Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5)
  7. Salinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika masih bekerja)
  8. Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT
  9. Kad Pesara dan Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika pesara kerajaan)
  10. Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon

Kaedah Pembayaran HPIPT 2022

Berikut adalah kaedah untuk pembayaran HPIPT 2022, bagi yang layak:

  1. Pertimbangan untuk proses pembayaran hanya akan dibuat bagi permohonan yang menepati syarat serta telah lengkap diisi mengikut panduan yang diberi.
  2. Bayaran hadiah sebanyak RM1,000 akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank pemohon yang telah dinyatakan di dalam borang permohonan.
  3. Setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.
  4. Pemohon adalah dikehendaki untuk menyemak status pembayaran 1 bulan selepas permohonan diluluskan oleh Urus Setia HPIPT.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan HPIPT 2o22, anda boleh hubungi terus Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.

No. Telefon : 03- 5544 7385 / 03-5521 2306
No. Faks : 03-5510 4095 / 03-5511 0659
URL : http://hpipt.selangor.gov.my

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More