Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Penting Permohonan UPU 2021 – 2022

Tarikh Penting Permohonan UPU perlu kita titik beratkan agar kita tidak sesekali terlepas peluang ini. Sistem UPU secara dalam talian akan dibuka kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke pusat pengajian tinggi.

Kementerian Pengajian Tinggi akan membuka permohonan ini setiap tahun melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP). Melalui sistem UPU ini, proses bagi para pelajar untuk memohon kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA lebih mudah berbanding proses yang biasa.

permohonan

Isi Kandungan

Fasa Permohonan UPU

Tarikh dibuka adalah 4 Januari 2021 dan 31 Mac 2021 bagi lepasan STPM , Matrikulasi / Asasi, STAM, Diplma / Setaraf.

Lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi dan juga STAM mempunyai 12 pilihan tetapi wajib untuk diisi 6 pilihan manakala lepasan Diploma / Setaraf mempunyai 8 pilihan dan sama sahaja wajib untuk isi 6 pilihan.

Tarikh pilihan program pengajian 16 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021 bagi lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi dan juga STAM manakala lepasan diploma pula dari bula Februari sehingga 31 Mac 2021.

Tarikh Temu duga akan berlangsung dari bulan Mei 2021 hingga Ogos 2021.  Saringan temu duga / ujian akan dijalankan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh institusi / agensi masing – masing.

Tarikh Penting Permohonan UPU untuk Para Pelajar SPM & STPM

permohonan

Bulan Januari

  • Permohonan UPU secara dalam talian dibuka pada 4 Januari untuk kemasukan Sesi Akademik 2021/2022

Bulan Mac

  • Permohonan UPU secara dalam talian akan ditutup pada 31 Mac untuk kemasukan Sesi Akademik 2021/2022

Bulan April

  • Proses temu duga/ ujian bagi Lepasan SPM akan dilakukan pada April 2021 hingga Jun 2021

Bulan May

  • Proses temu duga/ ujian bagi Lepasan STPM/Setaraf akan dilakukan pada Mei 2021 hingga Ogos 2021

Bulan Julai

  • Tarikh hebahan UPUOnline bagi Lepasan SPM dijangka pada minggu ke-3 Julai 2021

Bulan Ogos

  • Fasa pengemaskinian bagi Lepasan STPM/Setaraf bermula 9 OGOS 2021 hingga 12 OGOS 2021

Bulan September

  • Tarikh hebahan UPUOnline bagi Lepasan STPM/Setaraf dijangka pada minggu ke-3 September 2021

Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM

Dibawah adalah poster pengiraan markah merit lepasan SPM:

permohonan

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai UPU secara dalam talian ini, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman sesawang rasmi di UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar

Kepada yang masih belum mendapatkan No Pin UPU, anda boleh rujuk disini untuk tatacara pembelian No Pin UPU di BSN.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More