Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ibu Cerita Detik-Detik Bersalin Dalam Kereta Sejurus Tiba Di Hospital

Bersalin dalam kereta sejurus tiba di hospital. Setiap wanita yang melahirkan anak pastinya mengalami kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Antaranya, seperti perkongsian oleh Puan Athirah Yusof menerusi laman perkongsian Facebook yang melahirkan bayi perempuan di dalam kereta sambil ditemani oleh suami dan dua orang anak kecil yang memberikan sokongan.

Menurutnya, dia terus melahirkan bayi tersebut sejurus tiba di hadapan wad kecemasan bersalin Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dibawa mendapatkan rawatan.

BERSALIN DALAM KERETA

bersalin dalam kereta

Ini bukan cobaan.. Ini betul-betul.

Memandangkan ramai gak kekawan yang PM tepi suruh tya cerita balik macam mana keadaan bersalin dalam kereta hari tu. So hari ni boring-boring masih dok kat wad ni, kita buat la karangan untuk korang hayati. Gittew.

17/2/2021- Pagi ni bangun je macam biasa. Lepas solat subuh, aku sambung tidur sebab badan letih.

9.00am – Terbangun sebab tetiba sakit perut. Rasa macam contraction sikit. Tapi disebabkan 3 hari sebelum tu dah kena false contraction, malas nak fikir sangat. So buat la rutin biasa. Godak cokelat. Buat chocojar. Tapi time buat tu memang rasa contraction dah on off. Tapi tak monitor timing.

11.30am – Masih menggodak cokelat #ChocojarByJismieKitchen. Tapi rasa macam dah tak boleh berdiri betul dah. Sakit ya amat.

12.30pm- Husband cakap ”pergi siap sekarang, masuk kereta. Kita pergi hospital sekarang”.

Zup zap bersiap dengan jalan yang tak berapa nak kuat tu, 12.45pm gerak la kami berempat ke hospital.

Dalam perjalanan tu contraction makin lama makin kuat. Rasa macam 2 minit sekali macam tu. The struggle is real. Tak boleh fikir apa dah jerit tahan sakit sambil suruh husband drive cepat sikit.

Paling best part Anas bagi moral support ”Mama tahan sikit ye, mama kena kuat.” Atiq pulak bahagian bebel ”Papa cepat la sikit, mama sakit tu”. Terharu dengar. Tapi tengah sakit sanga-sangat, tak terluah nak cakap terima kasih kat dua hero aku tu.

1.00pm- Sampai je kat PPUM bangunan Kompleks Wanita & Kanak-Kanak. Husband pon tengah terpinga-pinga tak tahu nak ke mana. Aku suruh dia tanya kat pondok polis bantuan.

Ngam-ngam polis bantuan buka pintu pagar and bagitau husband kena tekan button intercom untuk panggil nurse. Ketuban pecah…

Husband parking betul-betul depan pintu kecemasan bersalin. Dia turun and tekan button intercom. Time dia turun tu aku dah rasa kepala baby kat bawah.

So aku tak ada pilihan, buka terus seluar and tetiba….

1.11pm- Ploopps, baby menggelongsor keluar. Maka lahirlah seorang baby girl, seberat 2.6kg lahir ke dunia ni.

 

Ibu Cerita Detik-Detik Bersalin Dalam Kereta Sejurus Tiba Di Hospital 1
Terpinga sekejap Atiq dan Anas tengok adik dia yang dah ada depan mata berlumuran darah tu. Siap je husband azan dan iqamatkan baby, datang dua orang nurse potong tali pusat baby dan bawa aku terus ke wad bersalin.

 

Ibu Cerita Detik-Detik Bersalin Dalam Kereta Sejurus Tiba Di Hospital 2

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku.

1. Selalu doa, minta-minta la kerajaan izinkan suami teman wife bersalin time covid ni. (Sekali bukan suami je teman, dengan anak-anak sekali teman)

2. Selalu doa, tak nak buat swab test. (Sebab orang cakap swab tu sakit)

3. Selalu doa, tak nak contraction lama-lama.

4. Selalu doa, tak nak kena seluk check jalan banyak kali.

Ya rabbi, syukur se sangat.

Allah permudahkan urusan bersalin kali ni.

Ps: Sorry husband, Fitri Selamat, sebab sepanjang jalan ke hospital saya marah-marah awak suruh cepat.. thank you juga sebab uruskan saya dan uruskan anak-anak sepanjang saya warded ni. Lebiu.

Begitulah perkongsian seorang wanita yang telah mencuit hati para netizen. Rata-rata netizen memberi ucapan tahniah kepada ibu kepada 3 orang anak itu. Ada juga yang berkongsi tentang pengalaman mereka yang hampir sama iaitu bersalin dalam kereta.

Sumber: Athirah Yusof

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More