Sumber Rujukan Globalisasi Anda

IBU MENYUSU PENAT MENTAL & FIZIKAL

Setiap manusia yang bergelar ibu pasti akan merasai saat-saat menyusukan bayi yang baru lahir sehingga anak itu berusia dua tahun. Hanya ibu menyusu sahaja yang akan memahami perasaan seorang ibu yang menyusukan anak.

Tidur malam terganggu apabila bayi kerap terbangun daripada tidur dan mahu menyusu. Walaupun penat, ketahuilah bahawa menyusukan bayi pada waktu malam adalah sesuatu yang memberi banyak faedah kepada diri anda sendiri yang sudah tentu mahu berjaya menyusukan bayi selama yang mungkin.

Menyusu adalah sesuatu aktiviti yang menyeronokkan sebenarnya jika dinikmati dengan sebaikknya. Namun ia akan menjadi suatu proses yang sangat memenatkan dan meletihkan jika ibu tidak mendalami ilmu penyusuan dengan betul.

Antara cabaran menyusu

1. BENGKAK SUSU

Bila menyusu badan boleh dikatakan ‘wajib’ at least sekali kita kena bengkak susu.Biasanya ramai ibu kena masa awal kelahiran bayi dan masa nak putus susu. Selain itu, ibu-ibu yang biasa menyusu pasti tahu akan perangai anak yang suka memilih bahagian untuk menyusu dan sering menolak jika diberi bahagian satu lagi.

2. BANYAK ‘PANTANG’

Jangan ingat lepas pantang tu dah ‘merdeka’. Bila jadi ibu menyusu ni, kita kena selalu beringat juga sebab ada sesetengah makanan yang sensitif bagi anak yang menyusu. Contohnya ada yang tak boleh ambil kafein berlebihan dan ada ibu yang tak boleh makan makanan tertentu (walaupun makanan favourite) sebab mungkin bayi mudah kena cirit-birit atau kembung.

3. PELBAGAI PERALATAN

Harga susu formula memang mahal. Tapi siapa kata menyusu badan ni murah.Macam-macam peralatan yang kena sediakan semata-mata nak lalui tempoh 2 tahun menyusu ni. Daripada pam susu, botol susu, storage bag, warmer, dan pelbagai aksesori serta peralatan mengepam yang lain.

4. BAYI MENYUSU KERAP DAN LAMA

Sifat susu ibu yang cepat hadam menyebabkan bayi akan cepat lapar dan akan kerap menyusu. Begitu juga dengan bayi yang tidak puas menyusu mungkin disebabkan oleh susu ibu yang agak cair disebabkan oleh pemakanan ibu itu sendiri akan mengambil masa yang lama untuk kenyang. Dan hal ini akan menyebabkan ibu lebih kerap menyusukan bayi dan seterusnya menyebabkan ibu tidak cukup rehat.

Mencabar bukan menjadi seorang ibu yang menyusukan anak secara eksklusif? Jadi tidak perlulah bercakap ibu yang menyusukan anak ini pemalas atau sebagainya. Kata-kata itu hanya akan menganggu emosi seorang ibu, sekaligus merudumkan susu ibu tersebut.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More