Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Tips Simpan Barang Basah Kekal Segar Dan Tahan Lebih Lama

Isi Kandungan

Cara Simpan Barang Basah Agar Kekal Segar Dan Tahan Lebih Lama

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan, setiap hujung minggu pastinya ramai di antara kita akan pergi berbelanja di pasaraya dan sedia maklum bahawa barangan basah seperti daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran akan cepat rosak jika tidak disimpan dengan betul.

Apabila PKP dilaksanakan, pasti simpanan stok makanan ada yang disediakan setiap minggu atau lebih kerana elakkan keluar membeli barang basah berulangkali serta berjimat cermat.

Barang Basah

Bernasib baik apabila terjumpa cara penyimpanan yang betul untuk kita semua cuba di rumah dan cara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @anasulianna. Ikuti perkongsian beliau tentang cara penyimpanan barang basah agar kekal segar dan tahan lebih lama di bawah. Ayuh kita mulakan!

7 Tips Simpan Barang Basah Kekal Segar Dan Tahan Lebih Lama 1

انا سوليانا@anasulianna
 

Balik beli groceries, rehat kejap, pastu bukak lagu duduk dapur sorang2 cuci ayam, cuci ikan, packing sayur sayur. My kind of me time.

2-3 jam penat berbaloi sebab urusan masak jadi mudah, duit pun jimat sebab cara simpan betul tak cepat rosak ✨#dapoana

View image on Twitter
View image on Twitter
View image on Twitter
 

1. Bahagikan bahan protein mengikut saiz hidangan yang diingini ke dalam ziplock bag

Bagi mengekalkan kesegaran bahan basah anda, pertama sekali, anda haruslah mencuci bahan basah terlebih dahulu. Kemudian, bahagikan barangan tersebut ke dalam ziplock bag mengikut portion hidangan yang anda inginkan.

2. Simpankan sayuran anda beralaskan tisu dapur dalam ziplock bag

Untuk sayur-sayuran seperti labu, carrot, timun, pok choy dan sebagainya, anda boleh potong sayur-sayuran berikut terlebih dahulu tanpa mencucinya. Kemudian, masukkan sayuran tersebut ke dalam ziplock bag yang beralaskan tisu dapur. Akhir sekali, letakkannya ke dalam peti sejuk dan guna bila perlu. Confirm sayur anda tahan lebih lama!

3. Letakkan daun-daun di dalam ziplock bag dan simpankan di dalam freezer

Cara penyimpanan ini boleh digunakan untuk daun-daun seperti daun kari, daun limau purut, daun ketumbar, daun kunyit dan sebagainya. Tanpa perlu dicuci dahulu, periksa daun-daun dan buangkan yang layu. Kemudian, masukkannya ke dalam ziplock bag dan simpankan di dalam freezer supaya tahan lebih lama. Daun-daun boleh bertahan berbulan-bulan jika disimpan dengan cara ini.

4. Simpankan sayuran akar anda di dalam bekas berisi air

Untuk sayuran akar seperti lengkuas, halia, kunyit hidup dan lain-lain, cara penyimpanannya sedikit berbeza daripada sayuran lain. Untuk mengekalkan kesegaran yang lebih lama, cucikan sayuran akar tersebut dan letakkannya di dalam balang yang berisi air.

Kemudian, simpan balang tersebut di dalam peti sejuk. Jangan lupa untuk menukar airnya setiap minggu agar sayur akar kekal segar untuk masa yang lebih lama.

5. Balutkan sayuran seperti bunga kubis, brokoli dan kubis menggunakan wrap plastik.

Untuk sayur-sayuran seperti brokoli, kubis dan bunga kubis, anda hanya perlu membalutnya dengan wrap plastik tanpa perlu dibasuh. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk dan gunakan bila anda mahu. Untuk menyimpan lebihan sayuran, anda hanya perlu balutkannya semula selepas guna.

6. Potong buah-buahan sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk

Untuk mengekalkan kesegaran dan memudahkan kerja anda di dapur, anda boleh potong buahan buahan anda dan simpankan dalam bekas kedap udara. Kemudian, sejukkan di dalam peti sejuk dan makan bila anda mahu!

7. Letakkan bawang dan kentang di tempat yang kering dan bersuhu bilik

Simpan kentang dan bawang anda di mana-mana ruangan yang bersuhu bilik. Selain itu, kentang dan bawang juga boleh disimpan di dalam bakul di ruangan yang kering supaya sayuran mendapat pengudaraan yang cukup dan bertahan lebih lama.

Mudah sahaja bukan tips cara simpan barang basah ini? Pastinya bukan sahaja barang dapur anda akan lebih tahan lama tetapi lebih kemas tersusun dalam peti sejuk. Apa tunggu lagi, cubalah sekarang.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More