Sumber Rujukan Globalisasi Anda

JAGUNG BAGUS UNTUK ANTIPENUAAN

Jagung (zea mays) ialah sejenis tumbuhan bijirin dari keluarga graminae yang merupakan satu spesies tunggal, merangkumi dua jenis yang mempunyai pertalian rapat iaitu teosinte dan Tripsacum, merupakan tanaman bijirin ketiga penting di dunia, ialah tumbuhan semusim yang tumbuh, membesar, mengeluarkan bijirin dan akhirnya menjadi tua dan mati.

Biasanya jagung mengambil masa 8-12 minggu untuk mengeluarkan hasil bergantung kepada jenisnya.

Jagung manis digemari ramai dan dimakan terus daripada tongkolnya atau digunakan dalam masakan seperti kuih-muih.

Manakala jagung flint atau derit ditanam secara besar-besaran dan diproses menjadi tepung kanji atau bahan makanan ternakan seperti ayam, konsentret bagi kambing dan juga untuk makanan ikan.

Tidak hanya enak dimakan sama ada direbus atau dibakar, jagung juga boleh dihidangkan dalam pelbagai cara iaitu dengan menjadikannya salad, bubur mahupun puding.

Selain itu, biji jagung kering boleh dibuat emping atau bertih (popcorn) yang amat digemari kanak-kanak.

Jagung manis mempunyai pelbagai khasiat seperti serat, beta keratin, vitamin A, B, C, E dan K, folat, mineral seperti mangan, magnesium, zat besi dan banyak lagi.

Kandungan lain yang terdapat dalam jagung manis adalah seperti protein, karbohidrat, kalsium, kalium, sodium dan beberapa jenis elektrolit lain. Kesemua khasiat ini sangat berguna dan bermanfaat untuk kesihatan.

Mungkin juga berita baharu buat anda, kerana ramai yang tidak tahu jagung mempunyai banyak kelebihan untuk perawatan dan kecantikan kulit.

Ketahui manfaat jagung manis untuk kecantikan wanita, teruskan membaca informasi penting ini.

1. Memudarkan kesan jerawat

Jika anda sudah lama mempunyai masalah bekas jerawat, pastinya hal ini membuatkan kurang berkeyakinan. Jangan risau, dengan menggunakan jagung yang ditumbuk halus, sapukan pada bahagian hitam jerawat setiap hari. Ini kerana jagung kaya dengan vitamin E yang mampu menghilangkan kesan hitam dengan mudah.

2. Membaiki tekstur kulit

Mengamalkan makan jagung secara konsisten, mampu membuat kulit kelihatan lebih bersinar kerana kandungan mineral penting dan vitamin yang terdapat dalam jagung, memberi reaksi hebat terhadap kulit.

3. Kekal awet muda

Tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada wajah, sememangnya mengundang ketakutan pada ramai orang baik wanita mahupun lelaki. Hakikatnya siapa yang tidak mahu kelihatan muda belia bukan?

Kekerapan makan jagung, dapat menjadikan kulit lebih awet muda kerana tahap antioksidan yang tinggi dan bagus untuk kulit wajah.

Yang penting, mengamalkan makan jagung saja tidak mencukupi, pasti makanan harian yang diambil seimbang selain melakukan senaman untuk menjadikan tubuh anda lebih muda!

4. Mampu merawat kesan ruam dan iritasi

Sesetengah produk kosmetik ada menggunakan minyak pati jagung di dalamnya kerana jagung juga mampu memulihkan kesan ruam dan menghalang kulit daripada mengalami iritasi.

Apapun, kena mencuba terlebih dulu sebelum dapat hasilnya. Jangan malas ya!

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More