Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Banyak Jawatan Kosong Di FAMA September 2023

Jawatan Kosong Di FAMA September 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di FAMA September 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di FAMA September 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Kumpulan Perkhidmatan: Kumpulan Pelaksana
    • Jadual Gaji: RM1, 218 – RM2,939
  2. PEMBANTU AWAM GRED H11
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Kumpulan Perkhidmatan: Kumpulan Pelaksana
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
  • Tarikh Tutup Permohonan: 5 September 2023 (Selasa)
  • Lokasi Penempatan: Pejabat FAMA Negeri Kelantan
  • Tempoh Percubaan: 1 – 3 Tahun

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di FAMA September 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Pemandu Kenderaan H11

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di FAMA September 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(b) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)].

(c) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

  • Lesen D RM1264.15
  • Lesen E/E1/E2 RM1310.30
  • Lesen F/H RM1356.45
  • Lesen G/I RM1402.60

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(e) Calon yang memiliki kelayakan PT3 / PMR seperti berikut adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3 / PMR seperti berikut:

  • Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E bagi PT3 / Gred D bagi PMR) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk Matematik.

Jawatan Pembantu Awam H11

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di FAMA September 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1218.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(c) Calon yang memiliki kelayakan PT3 / PMR seperti berikut adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3 / PMR seperti berikut:

  • Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E bagi PT3 / Gred D bagi PMR) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk Matematik.

(d) Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbangkan untuk dilantik ke jawatan jawatan yang mensyaratkan kelulusan PT3 / PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p dan permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Sijil PT3 / PMR / SRP dan Sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan mengikut kelayakan yang disyaratkan.

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terakhir.

Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH FAMA NEGERI
PEJABAT FAMA NEGERI KELANTAN
LOT 3309, BATU 4
LEBUHRAYA PASIR MAS-SALOR
15150 KOTA BHARU
KELANTAN

Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di FAMA September 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di FAMA September 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di UUM 2023, Jawatan Kosong Di LPPSA 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di FAMA September 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More