Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Banyak Jawatan Kosong Di FRIM 2023

Jawatan Kosong Di FRIM 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di FRIM 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di FRIM 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29 (2 KEKOSONGAN)
  2. PEMBANTU PENYELIDIK Q19 (2 KEKOSONGAN)
  3. PEMBANTU TAMAN / LADANG G19 (1 KEKOSONGAN)
  4. PEMBANTU AWAM H11 (2 KEKOSONGAN)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 11 Ogos 2023 (Jumaat)
  • Lokasi Penempatan: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
  • Taraf Jawatan: Tetap

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di FRIM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Penolong Pegawai Penyelidik

Calon lantikan Jawatan Kosong Di FRIM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal
dalam subjek matematik atau salah satu subjek sains (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau

(b) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau

(c) Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau

(d) Diploma dalam bidang sains berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29 : RM1,774.37); atau

(e) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29 : RM1,849.57); atau

(f) Diploma Sains Veterinar / Haiwan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf denganya (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29 : RM1,924.77); dan

(g) Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Penyelidik

Calon lantikan Jawatan Kosong Di FRIM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Q19 : RM1,355.00); atau

(b) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Q19 : RM1,355.00); atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred Q19 : RM1,411.40); atau

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred Q19 : RM1,467.80); dan

(e) Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Taman / Ladang

Calon lantikan Jawatan Kosong Di FRIM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred G19 : RM1,357.00); atau

(b) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred G19 : RM1,357.00); atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred G19 : RM1,413.40); atau

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred G19 : RM1,469.80); dan

(e) Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Awam

Calon lantikan Jawatan Kosong Di FRIM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Penaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM1,218.00); atau (Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas, serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut / motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaita daripada Jabatan Laut Malaysia) (Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM1,264.15); dan

(b) Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3 / PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM akan diproses.

Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di FRIM 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di FRIM 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di UITM Ogos 2023, Jawatan Kosong Di DUBBM Ogos 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di FRIM 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More