Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong Di UITM Ogos 2023

Jawatan Kosong Di UITM Ogos 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di UITM Ogos 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di UITM Ogos 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
  • Tarikh Tutup Permohonan: 9 Ogos 2023 (Rabu)
  • Lokasi Penempatan: Universiti Teknologi MARA (UITM), Cawangan Pulau Pinang
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Jadual Gaji: RM1,377 – RM4,052

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di UITM Ogos 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau
    (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau
    (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Perjawatan UITM secara lengkap dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen berikut (disahkan):

  • Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa.
  • Sijil Kelahiran pemohon, ibu dan bapa.
  • Sijil SPM / MCE, HSC / STPM atau setaraf.
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji.
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan / Badan Berkanun / separa kerajaan yang sedang berkhidmat).
  • Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturut-turut (penjawat awam).
  • Laporan Rujukan (bukan penjawat awam bagi permohonan jawatan Gred 41 dan ke atas Pengurusan & Profesional borang seperti dilampiran 1).

Nama jawatan, bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan dan dihantar ke alamat:

PENOLONG PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PULAU PINANG
KAMPUS BERTAM,13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG

Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di UITM Ogos 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di UITM Ogos 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di SPA Ogos 2023, Jawatan Kosong Di Bomba Ogos 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di UITM Ogos 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More