Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Banyak Jawatan Kosong Di JAKIM 2023

Jawatan Kosong Di JAKIM 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di JAKIM 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di JAKIM 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 (2 Kekosongan)
  2. Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 (2 Kekosongan)
  3. Pembantu Hal Ehwal Islam (PMOA) Gred S19 (22 Kekosongan)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 5 September 2023 (Selasa)
  • Jabatan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Penempatan: Putrajaya, Pahang, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Perak Dan Selangor
  • Taraf Jawatan: Contract Of Service

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di JAKIM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Maklumat syarat kelayakan mengikut jawatan boleh didapati pada iklan penuh permohonan. Keutamaan dan keperluan tambahan mengikut jawatan adalah seperti berikut.

Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di JAKIM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Kelulusan dalam bidang Syariah.

(b) Mahir berbahasa Inggeris.

(c) Mempunyai lesen memandu kelas B2 / D dan kenderaan sendiri.

(d) Hanya calon yang telah memperoleh sijil / diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di JAKIM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Mahir berbahasa Inggeris.

(b) Mempunyai lesen memandu kelas B2 / D dan kenderaan sendiri.

(c) Mempunyai asas pendidikan Islam.

(d) Hanya calon yang telah memperoleh sijil / diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 (PMOA)

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di JAKIM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Pemohon adalah lepasan Sekolah Aliran Agama.

(b) Sanggup bertugas dikawasan pedalaman mengikut negeri yang ditetapkan.

(c) Mempunyai lesen memandu kelas B2 / D dan kenderaan sendiri.

(d) Masyarakat Orang Asli yang mempunyai dan memenuhi syarat kelayakan digalakkan memohon.

(e) Hanya calon yang telah memperoleh sijil / diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Cara Memohon

Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sebelum 11.59 malam, 5 September 2023.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini.

Pada menu jawatan yang dimohon, sila pilih Lantikan Kontrak / Tetap (Bukan Lantikan SPA). Pilih jawatan yang ingin dimohon seperti di atas.

Alamat untuk surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon permohonan untuk dihubungi hendaklah tepat, terkini dan masih aktif.

Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41<<<

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C41<<<

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 (PMOA)<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di JAKIM 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di JAKIM 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di FRIM 2023, Jawatan Kosong Di MDKT 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di JAKIM 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More