Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong Di JAKIM November 2023

Jawatan Kosong Di JAKIM November 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di JAKIM November 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di JAKIM November 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 (1 Kekosongan)
  2. Penerbit Rancangan Gred B41 (1 Kekosongan)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 30 November 2023 (Khamis)
  • Lokasi Penempatan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Lokasi Penempatan: Darul Quran & WP Putrajaya
  • Taraf Jawatan: Kontrak (Contract Of Service)

Syarat/Kelayakan Permohonan

Pengambilan Jawatan Kosong Di JAKIM November 2023 1

Calon lantikan Jawatan Kosong Di JAKIM November 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di JAKIM November 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Mempunyai Diploma Tahfiz dari Darul Quran atau mana-mana Diploma Tahfiz / Sijil Tahfiz yang diiktiraf oleh badan berautoriti.

(b) Kemahiran dalam komunikasi dan penulisan Bahasa Arab.

(c) Hanya calon yang telah memperoleh Sijil / Diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh Senat / Jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jawatan Penerbit Rancangan Gred B41

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di JAKIM November 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Mempunyai kepakaran dalam menggunakan software antaranya

  • Final Cut Pro.
  • Adobe Premier.
  • Adobe Photoshop.
  • Adobe Illustrator.
  • Adobe After Effect.
  • 3D Sketch Up.

(b) Mempunyai kemahiran dalam software grafik Al-Quran (Quran Word).

(c) Boleh menerbitkan promo, kapsul dan showreel.

(d) Boleh meneribtkan montaj dan template grafik bagi program-program TV.

(e) Hanya calon yang telah memperoleh Sijil / Diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh Senat / Jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan melayari Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada 30 November 2023, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41<<<

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B41<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di JAKIM November 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di JAKIM November 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di JAIS November 2023, Jawatan Kosong Di KPTM November 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di JAKIM November 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More