Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Banyak Jawatan Kosong Di JAIS November 2023

Jawatan Kosong Di JAIS November 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di JAIS November 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di JAIS November 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam II / Penolong Pengurus)
    Gred S29 (1 Kekosongan)
  2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Gred S29 (10 Kekosongan)
  3. Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29 (8 Kekosongan)
  4. Juruteknik Komputer
    Gred FT19 (4 Kekosongan)
  5. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 (5 Kekosongan)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 21 November 2023 (Selasa)
  • Lokasi Penempatan: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
  • Taraf Jawatan: Kontrak (Contract Of Service)
  • Tempoh Perkhidmatan: 2 Tahun

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di JAIS November 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  3. Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  4. Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan
  5. Pembuktian bagi mana-mana syarat di (2), (3) atau (4) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.
  6. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  7. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Penolong Pengurus / Imam II) Gred S29

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di JAIS November 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau

(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau

(c) Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95).

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di JAIS November 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Diploma dalam bidang teknologi makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di JAIS November 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau

(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di JAIS November 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00); atau

(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40); atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80).

Cara Memohon

Permohonan Jawatan Kosong Di JAIS November 2023 hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh diperolehi di:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40676 SHAH ALAM
@ www.jais.gov.my

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan

  1. sekeping gambar berukuran pasport,
  2. salinan kad pengenalan,
  3. salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta
  4. salinan sijil kelahiran pemohon,
  5. sijil-sijil persekolahan dan
  6. lain-lain dokumen yang berkaitan.

Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat. Semua salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas (Gred 41 dan keatas).

Permohonan yang berikut akan ditolak / tidak akan diproses jika:

  • tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
  • tidak lengkap atau tidak terang;
  • tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
  • tidak besertakan gambar dan
  • tidak ditandatangani.

Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

sebelum atau pada 21 November 2023 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di JAIS November 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di JAIS November 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di MPM November 2023, Jawatan Kosong Di TM November 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di JAIS November 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More