Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Di JUPEM 2023

Jawatan Kosong Di JUPEM 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di JUPEM 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di JUPEM 2023 adalah seperti ketetapan berikut:

Jawatan

Info Lanjut

Pembantu Tadbir (Personal MySTEP)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 23 Mac 2023 (Khamis)
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Tempoh Kontrak: 1 April 2023 hingga 31 Disember 2023
  • Gaji: RM1,700
  • Manfaat: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP & Caruman PERKESO

Apa Itu JUPEM?

Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) menyediakan perkhidmatan dan pengurusan ukur, pemetaan dan geospatial yang berkualiti melalui sistem terbaik, sumber manusia yang kompeten dan persekitaran kerja yang kondusif.

Objektif JUPEM adalah:

  • Memastikan produk dan perkhidmatan ukur kadaster, pemetaan dan geodetik menepati sistem kualiti serta memenuhi keperluan pelanggan
  • Memastikan pewujudan dan penyelenggaraan Pangkalan Data Ukur Kadaster dan Pemetaan yang kemaskini dan berkualiti bagi memenuhi keperluan infrastruktur data geospatial negara
  • Menjadikan JUPEM pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang ukur kadaster, pemetaan, geodetik, pemetaan utiliti bawah tanah dan maklumat geospatial
  • Memastikan penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan negeri dan antarabangsa memenuhi keperluan pentadbiran negeri serta menjamin kedaulatan negara
  • Memastikan perkhidmatan geospatial pertahanan yang berkualiti dan bersepadu dalam mendokong infrastruktur pertahanan dan keselamatan negara

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di JUPEM 2023 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun
  • Mempunyai kemahiran dalam MS Office (MS Word, MS Excel, dan MS Power Point)
  • Pengalaman dalam pengurusan rekod dan fail (data entry, data cleansing, record filing terutama pelupusan fail dan lain-lain yang berkaitan
  • Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa dan bersedia belajar perkara baharu
  • Mempunyai minat dalam menguruskan mesyuarat, bengkel, kursus, program dan lain-lain berkaitan
  • Sihat tubuh badan

Deskripsi Tugas Jawatan Kosong Di JUPEM 2023

Tugas-tugas bagi lantikan jawatan kosong ini adalah:

  • Membantu dalam melakukan kerja-kerja pelupusan, fail operasi Sistem Pengurusan Sistem Maklumat (SPSM) Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang melibatkan tugasan berikut:
  1. Mengenalpasti fail-fail yang perlu dilupuskan
  2. Menyusun fail-fail yang telah dikenalpasti untuk dilupuskan mengikut tahun
  3. Merekodkan fail-fail yang telah disusun ke dalam Borang Pelupusan
  4. Membantu menyediakan pelaporan akhir pelupusan untuk dihantar kepada pihak Arkib Negara
  5. Membantu melupuskan fail-fail yang telah diberi kelulusan lupus oleh pihak Arkib Negara
  • Membantu kerja-kerja pengoperasian (persediaan mesyuarat, penyediaan dokumen, tempahan makanan dan lain-lain keperluan berkaitan)
  • Memantau sistem dalaman SPSM (eHadir & Sistem Tempahan Bilik)
  • Membantu lain-lain urusan berdasarkan arahan SPSM dari semasa ke semasa

Cara Memohon

Sekiranya memenuhi syarat dan kriteria yang dinyatakan, anda boleh menghubungi pihak Sistem Pengurusan Sistem Maklumat (SPSM) Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui e-mel [email protected] dan di talian nombor telefon 03-26170631 dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Resume lengkap
  2. Salinan Kad Pengenalan

Pengalaman berkhidmat dalam mana-mana Kementerian\ Jabatan\ agensi Kerajaan akan diberikan keutamaan.

Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di JUPEM 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di JUPEM 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia 2023, Jawatan Kosong Di FAMA 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di JUPEM 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More