Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong FAMA Mac 2023

Jawatan Kosong FAMA Mac 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong FAMA Mac 2023

Maklumat Jawatan Kosong FAMA Mac 2023 adalah seperti ketetapan berikut:

Jawatan

Info Lanjut

Pembanci
  • Tarikh Tutup Permohonan: 30 Mac 2023
  • Lokasi Kekosongan: Pejabat FAMA Negeri Perak
  • Kajian Bekalan & Pasaran Setempat (Profiling) Daerah Kinta 2023
  • Tempoh Kajian: Mei – Ogos 2023
  • Kadar Upah: RM35/borang (termasuk pengisian data – key in)

Apa Itu FAMA?

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) dikelolakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. FAMA ditubuhkan pada 30 September 1965 di bawah Akta 141 dan FAMA merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur – sayuran, buah – buahan dan bunga – bungaan serta produk – produk industri makanan dan asas tani.

Visi FAMA ialah peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian negara manakala misi FAMA ialah membangunkan rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.

Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna. Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah menggiatkan usaha–usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran melalui strategi-strategi berikut:

  1. Pembangunan luang pasaran
  2. Pembangunan infrastruktur pemasaran
  3. Pembangunan keusahawanan
  4. Pembangunan pemasaran produk
  5. Pembangunan regulasi pemasaran

Objektif FAMA juga adalah untuk merealisasikan wawasan negara dan dasar pertanian negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama makanan dunia melalui kecekapan dan keberkesanan produk pertanian dan makanan, membangunkan infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan yang cekap dan berkesan, membangunkan pemasaran dan peningkatan permintaan hasil pertanian dan makanan dalam dan luar negara dan memacukan keupayaan sumber manusia dalam pemasaran pertanian berasaskan pengetahuan dan teknologi terkini.

Banci ialah kaedah pengumpulan maklumat penduduk melalui kiraan yang dilakukan secara berkala dan merupakan jumlah rasmi penduduk sesuatu kawasan.

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong FAMA Mac 2023 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 40 tahun
  • Kelulusan akademik – minimum SPM
  • Mahir dan mengenali kawasan tempatan dan sekitar daerah Kinta
  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  • Mempunyai lesen memandu dan pengangkutan sendiri
  • Mempunyai telefon pintar serta mahir menggunakan aplikasi
  • Boleh bekerja pada waktu yang dikehendaki

Cara Memohon

Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan secara dalam talian (online) melalui Google Form yang telah disediakan pada iklan penuh permohonan.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengisi semua maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong FAMA Mac 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong FAMA Mac 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di MIROS 2023, Jawatan Kosong Di KPM 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong FAMA Mac 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More