Sumber Rujukan Globalisasi Anda

 Jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Perlis

 Jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Perlis dibuka  untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dialu – alukan untuk mengisi jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Perlis seperti dibawah:

Isi Kandungan

Jawatan Kosong

  1. Penolong pegawai tadbir
  2. Penolong pengurus asrama
  3. Penolong pegawai psikologi
  4. Pereka
  5. Penolong juruaudit
  6. Penolong pegawai undang-undang
  7. Pembantu tadbir  hal ehwal islam
  8. Pembantu tadbir
  9. Juruaudit visual
  10. Juruteknik
  11. Pemandu kenderaan
  12. Pembantu operasi
  13. Pegawai Tadbir
  14. Pegawai teknologi maklumat
  15. Pegawai hal ehwal islam
  16. Pegawai tadbir
  17. Pegawai tadbir (Pemasaran)
  • Nama Majikan : Kolej Universiti Islam Perlis
  • Lokasi Kekosongan: Perlis
  • Tarikh Tutup Permohonan : 1 Mac 2021

 Jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Perlis Jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Perlis

Syarat Permohonan

Calon-calon hendaklah warganegara Malaysia dan menetap di negara Malaysia.

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)

Cara membuat permohonan

  • Calon perlulah membuat Salinan asal maklumat pemohon (Resume/CV), salinan sijil-sijil kelayakan akademik, salinan sijil-sijil yang berkaitan dan salinan kad pengenalan yang telah diakui sah.
  • Pemohon dikehendaki menghantar maklumat permohonan ke Jabatan Pendaftar KUIPs ataupun menggunakan perkhidmatan pos ke alamat di bawah:

JABATAN PENDAFTAR

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPS)

LOT 18,19,20,21,22,23,24,25,26, & 27

TAMAN SEBERANG JAYA FASA 3

02000 SEBERANG RAMAI KUALA PERLIS
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

  • Pemohon juga boleh menghantar maklumat permohonan (Resume/CV), salinan kelayakan akademik,salinan sijil-sijil yang berkaitan,salinan kad pengenalan dan mengisi maklumat pemohon di borang permohonan dalam bentuk PDF sahaja melalui emel ke h[email protected] dengan menyatakan jawatan yang dipohon dan pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.
  • Pemohon dikehendaki menghantar permohonan sebelum tutup tarikh permohonan (bagi iklan jawatan kosong pentadbiran) dan sekiranya pemohon menghantar selepas tarikh permohonan tidak akan dilayan.
  • Ditegaskan bahawa hanya maklumat permohonan yang LENGKAP dan BETUL serta memenuhi syarat skim perkhidmatan sahaja akan dipilih dalam proses penyaringan dan calon yang telah disenarai pendek akan dimaklumkan melalui emel atau telefon untuk sesi temuduga.
  • Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Klik pautan “MOHON SINI” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>> IKLAN PENUH PERMOHONAN

 

 Jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Perlis 1

 

Pastikan anda rujuk iklan penuh dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan jawatan kosong di Kolej Universiti  Islam Perlis memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: Enjin persawat united Airlines terbakar

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More