Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Enjin Pesawat United Airlines Terbakar, Mendarat Dengan Cemas

Enjin Pesawat United Airlines Hujani Bandar. Serpihan enjin pesawat United Airlines yang terbakar, ‘menghujani’ bandar Denver dan memaksa ia berpatah balik melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver.

enjin pesawat

Serpihan enjin pesawat United Airlines gugur dari udara menimpa kediaman di Broomfied.

enjin pesawat

Penduduk bergambar dengan serpihan enjin pesawat yang gugur.

Antara gambar yang tersebar di media sosial adalah serpihan enjin pesawat yang gugur di halaman kediaman penduduk di Broomfield, Colorado dekat kawasan pinggir bandar Denver.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) berkata, pesawat terbabit dalam penerbangan ke Honolulu, Hawaii.

BERPATAH BALIK DAN MENDARAT DENGAN CEMAS SETELAH ENJIN PESAWAT KANAN TERBAKAR

ENJIN PESAWAT

Pesawat United Airlines berjaya mendarat dengan selamat.

“Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Denver dan mendarat semula dengan selamat selepas menghadapi kerosakan enjin kanan sejurus berlepas,” kata agensi itu di Twitter, semalam.

Keadaan enjin terbakar yang sempat dirakam ketika kejadian.

United Airlines menerusi Twitter berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan di dalam pesawat.

Sementara, seorang penduduk, Kirby Klements, berkata serpihan bulat besar daripada pesawat itu jatuh di atas pikap miliknya dan menyifatkannya sebagai ‘kejadian luar biasa’.

“Ia jatuh di atas pikap saya manakala serpihan besar yang terpisah mengakibatkan lubang selebar hampir dua meter di bumbung jiran,” katanya.

Sumber : BERITA HARIAN

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More